Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 16, 2010

10-2010!!

Assalamualaikum~

Bulan 10, 2010 memang betul2 menguji aku mental mahupun fizikal.Aku redha, sebab takkan terjadinya sesuatu itu melainkan dengan kehendak DIA. Mungkin kita terlupa atau terleka hingga sesuatu peristiwa yg berlaku tu menjadi ikon 'Refresh' atau function F5 untuk menyegar dan menyedarkan keadaan.Yelah contohnya ada satu masa tu, kat mana-mana je lah, di mana waktu tu kita cam terleka+termangu+mengelamun, time tu seperti kita perhatikan sesuatu, fikiran melayang tanpa berkelip mata dalam jangkamasa yg agak panjang dan tiba-tiba ada manusia dari mana ntah jerit kat telinga sambil tepuk bahu...'HOI!!..menung panjang nampak...ingat kat sapa tuuuu...' tidakkah rasa mcm nak penampor je kan ..kan...ha, tp wktu tulah kita rasa segarrr dan sedarrr akan keadaan sekeliling..~=P..

Peristiwa yang berlaku ialah Bibah putih aku,EKsiden!! terCium lampu jalan, sambil meredah divider yg mmg merongakkan bumper depan dan membutakan headlamp kiri kete. Phew~~...Panik...sambil atas kepala aku RM beterbangan+chirping birds..uhuhuhuh....Hampeh!!!! Apapun, sekarang Bibah aku selamat di-make-up back to normal dan sedia berbakti pada tuannya yg kadang2 agak toink-toink sket bila memandu.FUllStop. =P

Aku dan S skrg tengah sibuk mencari rumah untuk disewa. Feveret spot di area Bukit Jalil sebab strategik, atau dalam erti kata lain, adil dari segi pembahagian jalan ke tempat kerja masing2...;P . S ke Subang dan aku ke Cyberjaya. Apapun yg penting, kerjasama! dan yang paling penting, TOLL-FREEEE....So far, ada 'lorong-lorong gelap' atau jalan belakang pintas yg tak perlu tol.Cuma sedikit kesabaran diperlukan untuk membiasakan diri dengan damn-Jamn~ Yelah, waktu dok di putrajaya, lagi 1o minit kul 9, aku masih boleh gerak dari rumah dengan kelajuan purata 100-110. Tapi andai kata dok di B.Jalil tuh, hmmm kena timing balik mileage dan yg sewaktu dengannya...


Dugaan fizikal, hmmmmmmmm aku dah mula rasa risau..apsal tak turun2 berat nieh!..berat aku dari dulu (since form 3!!) mesti kepala '6'...pernah sekali je kepala '5' itupun 57kg, time aku berpeluh terkejar-tonggek naik-turun tangga, kejar bas, pergi balik kerja waktu dok di Wangsa Maju 2 thn yg lepas..huhu..dan juga aku sanggup pergi-balik naik bas metro ke taman tasik titiwangsa pagi2 sabtu/ahad, semata2 nak jog!!gigih betul lah..ada suatu hari tu , HKL bukak booth buat pemeriksaan kesihatan percuma. Aku happy giler wktu tu bila misi tu kata, berat badan + ketinggian +kecergasan di tahap memuaskan. So pesan misi, sila kekalkan tahap kesihatan anda.Tak sia-sia aku naik bas gi jogging.:P
Tapi sekarang tidak lagih! B4 pose 63, during puasa 60, lepas puasa 63 balik!..camno nak selim -melim nih...isk isk...skrg ni aku pasrah je, last-minute workout (workout lah sgt!!)..alah, yang penting sihat udah! BP normal, paras gula normal, tu lagi penting... (emmm tp kan di saat2 genting camnie, slim tea berkesan kot.Huuu....perempuan...perempuan..~)

Thursday, October 7, 2010

Macam lama...tp macam dekat


Salam...


Dah bulan 10! Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam raya puasa!;( Banyak perkara berlegar di fikiran....sekali sekala aku rasa cam lama lagi ..tarikh walimah hujung bulan 12...so dalam 2 bulan lebih sket lagi je...tp bila aku fikir2 balik , nak pos kad kawin la, belom lagi minta address kengkawan....fitting baju, cari tudun yg seswai...termasuk la belah pihak lelaki sumer tu...macam tak sempat pun ade.Tapi bila semak senarai dengan tarikh2 semua, insya allah..harap, berjalan lancar.


1. Kad kahwin kena siap sebelum bulan 11,insya allah by 22nd dah ada, so hujung bulan ni aku balik kampung gi fitting baju boleh pas kad kahwin pada mak & abah yang dah potpet tanya kad.

2. Rumah sewa. Aku ngan S plan nak menyewa di sekitar Putra Perdana, dekat bagi aku ke Cyber dan juga bagi S ke Subang.Dah call 2-3 rumah feveret tp cepat benor la orang booking. Takpe, masih ada masa lagi...(ada kerrr??) .Opismates yang dok sana sudi membantu tengok2kan umah untuk disewa.....gambatte!

3. Fotografi belah perempuan.Alamak! belom betul2 kompom lagi niehhhh!!!!! ~=P

4. Outstation: bulan 11 aku outstation lebih kurang 3 minggu di Perlis. adeh...boleh ke misi untuk menyelimkan badan ni berjaya.....??Kat kampung mak aku nie, kalu bab2 makanan mmg heaven, dah la murah..sedap pulak tuu,ni la masalah diorang, jual kuih sedap2 dengan harga murah..sape tak nak beli!;P

5. Honeymoon: takle jauh, ke langkawi je pon...tiket dah lama booked dlm bulan 4....takwim 2011 dah keluar, aku dpt rasakan mcm tarikh yg dipilih tu clash dengan projek kick-off..alah, camana la nak eksplen kat en S.....think...think...:(..kena awalkan tempoh cuti2 malaysia nie, tp tiket tu terpaksa la burnnnn.....isk isk...cedihhhhhhh........

6. Dokumen2 sumer in progress....yg penting HIV test, surat pengesahan single, borang sumer dah sedia, cuma tunggu en S submit part dia.

Yang lain2 insya allah on track, kalau tak kerana bantuan Mak Abah + Kema..mmg tangan sotong la jawabnye...manyak mende nak handle....

DI ketika ini, jauh di sudut hati...sangat mengharapkan agar persiapan majlis berjalan lancar, walaupun sederhana namun bermakna buat ahli keluarga~

Ok, pen off.