Subhanallah wa Alhamdulillah a’la kullihal wa ni’mah!
Assalamualaikum!!
Apa yang 59 harinya?Hari ni, 59 hari sudah usia SS junior menjadi khalifah
comel di muka bumi ini. Mencecah tahun ke-3 bahtera perkahwinan berlayar, memperkenalkan
new version of SS on the board; Muhammad
Imran Shauqi bin Mohd Shahril. Ops mari berkronologi lagi. Teringat pula profil
ala2 biodata waktu sekolah rendah dulu-dulu. Macam di bawah:-
Nama Penuh : Muhammad
Imran Shauqi bin Mohd Shahril
Nama Glamor : Imran
or Shauqi
Tarikh Lahir : 22
November 2013 bersamaan 17 Zulhijjah 1434H @ 10.44 am
Tempat Lahir : PP
Ar-Ridzuan, Ipoh, Perak
Berat Lahir: 3.2kg
Tinggi Lahir : 47cm
Jantina : Lelaki
MOD : SVD
(Spontaneous Vaginal Delivery)
Hobi : Senyum /
Sengih dalam tidur & Suka tidur dalam dakapan & Ajak sembang @ 3-4 am
Makanan Kegemaran :
Of course la Susu Ummi….
Perkembangan Terbaru
: Eye contact, pandai bagi respond bila orang mengagah….;)
Ok, nanti bila dah tahu favorite book, sport ke, ummi update
lagi eh…;p
Banyak sebenarnya nak kongsi pengalaman dan cerita
sebelum,semasa dan sesudah melahirkan Imran. Insyaallah akan dilaksanakan
hasrat itu.Kenapa beria benor nak berkronologi ni…?? Saya dan
suami antara pasangan yang diujiNYA bagi mendapatkan zuriat. Allah itu Maha
Kaya, sebaik-baik perancang dan Maha
Mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNYA, yang pasti usaha+doa+tawakal……insyaallah pasti makbul =)
Ok, entri ni nak kenalkan Imran je dulu…ni la Imran….;)
Di usia sehari
Tapak kaki Imran as signature kelahiran di hari pertama
di Pusat Perubatan Arridzuan,Ipoh
59 hari , esok genap 2 bulan, insyaallah =)