Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label [ jalan-jalan ]. Show all posts
Showing posts with label [ jalan-jalan ]. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Padang yang Gadang~

Assalamualaikum wtt wbt..

Insya Allah lagi 2 hari nak puasa, tapi pengisytiharan rasmi belum lagi dibuat so, kita tunggu dulu Maghrib ni ok!

BTW, entri kali ni tentang jalan-jalan dan membeli-belah di Padang-Bukit Tinggi, Sumatera Barat , Indonesia minggu lepas. Alhamdulillah semuanya selamat pergi, berjalan-jalan dan kembali ke Tanah Air tercinta. Berangkat bersama mertua dan kakak ipar, aku dan suami - 5 orang kesemuanya seperti ingin menjejak kaki lagi di sini.Insya Allah.......


Waktu ni currency untuk pertukaran RM-Rupiah : RM340 = Rp 1 juta..kalau ada yang tukar RM1000 ha...jadi jutawan dah kat sana. Kebanyakkan peniaga terima RM. Apapun dalam kesibukan membeli belah, jangan lupa untuk simpankan Rp 100,000 sebagai Airport Tax bila check-in balik Malaysia nanti....Ringgit Malaysia nggak dilayanin wktu itu..:p

Secara ringkas, dikongsi bersama kronologi program selama 4 hari 3 malam di sana (copy paste dari  iternary ydang diemel oleh PT.RAUN SUMATRA TOUR & TRAVEL http://www.raunsumatra.com/v1/ ) :-

Hari 01              Ketibaan – BUKITTINGGI  – SHOPPING 
·          Tiba di Bandara International Minangkabau.
·          Bertolak ke Bukittinggi, berhenti sejenak di Air Terjun Lembah Anai
·          Makan tengah hari di Local restoran.
·          Melawat ke Pandai Sikek, kerajinan Songket Ukiran Kayu
·          Melawat ke  Pasar Atas dan Jam Gadang
·          Check-in hotel
·          Makan malam di local restoran.
Hari 02             BUKITTINGGI – MANINJAU TOUR  
·          Sarapan pagi di hotel
·          Melawat ke Panorama Ngarai Sianok.
·          Melawat ke koto gadang  kerajinan perak.
·          Melawat ke Tasik Maninjau melewati kelok 44.
·          Makan Tengah hari di lokal restoran.
·          Kembali ke Bukittinggi, acara bebas
·          Makan Malam di local restoran.
Hari 03             BUKITTINGGI – MINANGKABAU TOUR – PADANG 
·          Sarapan pagi di hotel
·          Melawat ke sulaman  Hj Rosma di Kampong Baso.
·          Melawat ke Tabek Patah , pembuatan kopi dan kripik pisang.
·          Melawat Batu sangkar melihat Istana Pagaruyung
·          Makan tengah hari di lokal restoran.
·          Melawat ke Tasik Singkarak, menuju Padang
·          City tour, Acara bebas
·          Makan Malam di lokal restoran.
Hari 04             TRANSFER OUT 
·          Sarapan pagi di hotel
·          Bersiar-siar sekitar bandar Padang/ bertolak menuju airport /flight 13.30pm


Bentuk muka bumi hasil dari limpahan lava oleh 3gunung berapi ; Tandikat, Singgalang & Merapi ternyata subur dan menghijau dengan tanaman sayuran juga sawah padi (bukit).  Panorama desa perbukitan yang agak berbeza dengan sawah padi yang terbentang landai di negeri Hijau Kuning  namun sedikit persamaan di sesetengah daerah di Sabah, tapi di sini sawah padinya ketara bertingkat-tingkat dicelahi anak sungai yang jernih mengalir menjadikan landskap di sana sangat indah dan menyejukkan mata memandang. Lebih-lebih lagi, di tengah-tengah bendang dipulaukan dengan sebuah masjid kecil....sayup mata memandang dari kejauhan.

Tasik Maninjau  merupakan tasik kawah yang terletak 16km dari barat Bukit Tinggi, tempat kelahiran penulis dan ulama terkenal Indonesia, Hamka-. Pak Zul (supir) kata, tiada hasil tangkapan dalam tasik ni, cuma ada ikan-ikan kecil saja. Gambar ni diambil di kelok (selekoh) 43...kesemuanya ada 44 kelok kalau tak silap...(--)'

Tasik Singkarak
Tasik Singkarak - tasik terbesar di Sumatera barat, juga merupakan tasik kawah. Airnya jernih, siap budak-budak tempatan buat terjun tiruk sambil berenang-renang dengan seronoknya. Banyak hasil ikan bilis dalam tasik nie....

sight-seeing 

Istana Pagar Ruyung - aku pening nak snap dari angle mana so, gambar atas tu terselit bapak berbaju putih bikin kaco saja gambar tu..=p, rumah gadang kecil tu kalau tak silap tempat simpan beras jugak kot...(--)'
Mak and abah mertuaku yang tak penat berjalan-jalan...aku pulak yang terasa kecungapannya...uhuhu 

Masakan Padang enak-enak ya...;) . Rasanya orang Malaysia takda masalah nak makan kat Padang ni. Lebih kurang masakan Nogori jo..sambal hijau dia mmg best..tapi kalau kata sebulan ngadap ni je mau jemu den...minuman yang memang sentiasa di'order' ialah jus alpukat atau jus avokado dalam Rp 10000 lebih kurang RM 3 lebih - Yang paling aku suka ialah murtabak mesir dia, pergh sedap laaaa...kalau takat sekeping macam dalam gambar tu kan, den sorang boleh habiskan..sodap! (apsal bunyi nogori pulak nie)

Membeli dan membelah di sini memang kena pandai tawar-menawar. Biasalah bab-bab ni mak-mak kita memang arif. Aku ni menyendeng jer kalau dapat murah, kira sekali la...=p. Aku tak beli banyak pun, sekadar memenuhi pesanan mak ;- kain batik lepas, kain sarung pelikat tenun 7 benang, telekung solat, seluar batik, blouses dan cenderahati, tak lupa juga sagun bakar yang enak. Pisang salai diorang pun sodap. Huhu sagun bakar, pisang salai , kat Msia pun ado..;) 

Ikon Padang - Atap Minangkabau..- di bandar, ceruk kampung, mesti ada terselit satu dua bangunan beratap minangkabau nie....they really owning the architecture...

Berlatar belakangkan Muzium Buyan (Abuya) Hamka yang juga perpustakaan.  Bagunan ini dipanggil Rumah Gadang. Pondok kecil kiri kanan tu tempat simpan beras. Banyak cerita rumah Gadang ni sebenarnya dari rekabentuk,ukiran, pasak, bilik-bilik...yang menariknya tentang adat temenggung dan pepatih. Rumah gadang ni dijadikan pusat sumber , jadi kepada pengkaji sejarah atau sesiapa yang nak tahu dengan lebih mendalam tentang asal-usul ,sejarah budaya dan adat penduduk minang, rumah ini ada jawapannya....

Bersanding sekali lagi. aksesorinya sangat meriah. En S yang paksarela, seluar tu kecik katernye. (--)'

Hotel Campago, Bukit Tinggi
Gambar diambil dari loteng Hotel Campago - baru lepas hujan......


Ngarai Sianok atau Lembah Pendiang - lembah-lembah yang curam..

Nota kaki:

1. Tak jumpa satu pun pondok telefon.....hmmmm...
2. Terdapat juga Serambi Mekah di Pandang Panjang, Bukit Tinggi di mana banyak pesantren (sekolah pondok ) dibina hasil derma orang ramai.
3. Trip yang santai , dalam menikmati pemandangan hijau Bukit iInggi, shoppingnya juga berbaloi jika pandai tawar menawar. 



Monday, July 2, 2012

2 Sundays @ Ulu Yam ?



Ahad,  2 Julai, 8 pagi – 10.30 pagi @ Ulu Yam.

Out of Sudden, En S sekali lagi mencadangkan untuk berlibur di Hutan Lipur Sungai Tua atau juga dikenali dengan tempat perkelahan Ulu Yam. Terletak kira-kira 50 km dari rumah di Bkt.Jalil, perjalanan kalau ikutkan macam jauh tapi jadi macam dekat sebab lalu MRR2 yang memang selalu dilalui kalau nak ke rumah ipar-duai di Cheras & Setiawangsa…..(berapa banyak ‘lalu’ daa..)

Kalau 2 x last weekend berdua, kini berempat termasuk la si Nashriq dan Cik Temmah ( kema). Asalnya Cik Temmah ni nak cari kain baju nikah katenye (macam kat ipoh tu tarak…alasan :P ) then before travel back to Ipoh, En S pun come out with this idea..so, weolls follow ajer!

 Keindahan alam ciptaanNYA di Ulu Yam

After preparing my simple yet yummy spaghetti Bolognese and tuna sandwich (=P) ,  we off to the destination at 8am and reached there around 9 am Tadaaa…memang waktu-waktu begini orang tak ramai, so tempat ni aku yang punyaaa!!! :P Weolls pilih checkpoint yang ke-3 (yang ada pintu gerbang), sebab ada port baik di situ di mana air sungainya cecah paras atas pinggang dan tak banyak batu memang best untuk berkuak lentang. Ada juga area yang cetek yang sesuai untuk kanak-kanak.

siblings : Cik temmah and Nashriq (Amin was at hometown, he 's working  during weekend)

Without any delay, weolls pun berendam dan mandi dengan girangnya. Airnya jernih (boleh Nampak ikan-ikan berenang) dan juga sangatt sejuk tapi sebab terlebih excited, sejuk tak terasa..Mr S yang banyak lemak kasih sayang tu pun boleh gigil...but me, rock steady sambil menyelam, bersnokelling, pura-pura hanyut, renang berirama dan sebagainya :P……..kema unfortunately  mengibarkan bendera bulan sabit merah, so jadi ajk makanan dan tukang ambil gambar. My youngest brother , macam biasa mengikuti jejak langkah kak longnya …J .

jangan tiru aksi ini, yer adik-adik...;). 
En S terhilang kawalan dek arus sungai yang tak berapa nak deras tu...batu licin katanya..=P


Alhamdulillah, quality time with my siblings (amin tak dapat join, dia krojer) . Lagipun Cik Temmah sekarang tengah darah manis, 3 bulan lagi dah nak jadi isteri orang insya allah..Moga dipermudahkanNYA segala urusan, amin…


Ok, nanti next time, teringin nak berkuak lentang di Janda Baik. Insya Allah kalau ada rezeqi. This is just another way to release yourself and not to care at all about your office matter…..the most  important matter is your quality time with lovely people around you...peace!~

Tuesday, June 19, 2012

Lets Pangkoring~ ;P

Minggu lepas, berkesempatan memenuhi agenda CompTIA Get Together with PSSB & Uni Committee bertempat di Pangkor Island Beach Resort, Pulau Pangkor. 3 hari 2 malam di sana, selain dari aktiviti bebas, CompTIA memberi taklimat megenai rangkaian produk-produknya manakala PSSB lebih kepada pencapaian program 3P serta sesi soal jawab dari pihak universiti.

Boleh dikatakan express getaway di samping mengeratkan lagi 'partnership' dengan 'client' iaitu wakil dari universiti.

Alhamdulillah, kendur sikit urat-urat mata, memandangkan keindahan ciptaanNYA. Insya Allah, ada rezeki nak bertandang sekali lagi di sini dengan yang tersayang.(^^).

Pangkor Island Beach Resort memang sangat sesuai untuk percutian bulan madu atau seisi keluarga. Pantai yang bersih dalam kawasan yang terlindung (privacy) seolah kita berada di sebuah pulau kecil.Ianya terletak di utara P.Pangkor dan boleh menaiki feri di Jeti Lumut terus ke jeti resort ini. Kalau nak naik teksi dari jeti Pangkor ada dalam RM 40 satu teksi.

Banyak aktiviti di resort antaranya; berkanu, jetski, catamaran, lawn ball, futsall, beach valley ball, etc. Jangan terkejut bila tengok burung Enggang atau Merak berterbangan, berkeliaran di sekitar resort sebab burung-burung jinak ini memang dijaga makan minum mereka. =) 


Subhanallah..indah pemandangan..berjalan berduaan pun best ni...hikhikhik...;P

Free and easy~ have a seat please...

Rugi kalau tak mandi..

Pondok romantika




Thursday, June 7, 2012

Sejenak di Bandar Diraja Pahang, Pekan

Lokasi di Tg.Selangor, Tanah Putih, Pekan, Pahang.

Dalam 1km dari Univresiti Malaysia Pahang(Pekan)..landskap yang sayup mata memandang, boleh kendurkan urat mata yang tegang..hihihi....

Tempat ni bukanlah tempat pelancongan tapi landskapnya cukup menawan hati, menyejukkan mata.........seolah-olah kita sunyi dari kebisingan bandar, sambil menghayati hidup luar bandar yang syukur dengan apa yang ada....kalau berada di Pekan mungkin boleh singgah di Kuala Pahang, tempat ikan-ikan mendarat untuk diraih oleh peniaga-peniaga ikan...(antara lokasi penggambaran Seindah Sakura slot Akasia TV3)

Penginapan di area Pekan , Bandar Diraja Pahang ni antara yang 'OK' ialah di Indera PuraLake Resort atau di Melati Inn. Kalau nak yang berbintang-bintang adalah di ibu negeri Pahang  iaitu Kuantan semestinya banyak pilihan :)
Inderapura Lake Resort (pemandangan dari bilik adalah tasik tapi servis dia  so-so je..)

Dari Kuantan ke Pekan , ada dalam 30-40 km bergantung pada laluan yang diambil, kalau tak silap ada 3 laluan ke Kuantan dari Pekan nie. Tapi kalau waktu malam, disyorkan guna laluan ke Tg.Lumpur sebab di situ banyak pilihan restoren makanan laut. Antara yang dicadangkan ialah Ana Ikan Bakar Petai...mawelles!!



Salah satu view di tanjong selangor

 Persisiran pantai Tanah Putih, ...a walk to remember....;P

 Pokok-pokok Rhu yang sayup mata memandang


Titian usang...