Walk of Life : A Walk To Remember: Journey to Success begin with a single STEP : Langkah dan Jejak Kembara Hidup
Sunday, September 5, 2010
Curi situ sana sini~
2 orang sahabat aku nie freelance account dan finance services. Kawan aku Y dapat panggilan dari seorang customer yang nak guna service diorang nie. So, meet up di Café di Hotel Renaissance. Amboi, bisnes juta2 ke hamba allah tu, nak meeting di hotel mewah camtu. Pada mulanya guy tu yang setkan siapa yg perlu dtg termasukla isteri dia, bos dia, dia and my friend nie….tp berdua lebih baik kan, so my friend ajak partner dia, my2nd friend gi sama walaupun pada mulanya guy nie cam tak berapa stuju.aper kes ..??
So di hari dan masa yg ditetapkan, berjumpalah mereka.Tapi d guy tu seorang sahaja without his wife and boss. Dah order minum refreshment sumer, the bisness talk begin. My friend tanya all the account & finance stuffs pada guy nie….tp jawapan yg tak memberangsangkan. Just imagine, kalu ada 2 company sdn bhd , logically takkan takde diorang nye acc / finance exec to the work….?? Dipendekkan cerita, this guy nak buat panggilan kepada isteri dia yang tgh pregnant (menurut dia lah kan…) yg masih tak muncul2 hampir 30 minit berbincang. Kebetulan, nset dia out of credit. Alamak bos, takkan credit pun hbis…this guy pun minta kebenaran nak pinjam nset my friend nie untuk call wife dia. Bila my friend ni keluarkan nset cokia dia, she noticed air muka guy ni sedikit berkerut. Guy tu pun pinjam dan buat panggilan. Bila dia bercakap kejap, then terputus…according to this guy, suara wife dia putus2….kebetulan nset my friend ni mmg mabuk sket…kejap ok, kejap ko…Another my friend ni dengan baik hati hulurkan BB dia untuk dipinjamkan pada guy nie. Aura seri sedia terpancar di raut muka guy nieh….dia pun buat panggilan, then dia tiba2 kata line tak clear so keluar untuk dptkan signal yg lebih bagus…dan itu merupakan kali terakhir my 2nd friend nie menatap BB dia setelah guy nie keluar mencari signal dan tak kembali lagi…..so easy to cheat and steal dan di dalam bulan Ramadhan niehhh……hmmm poor my 2nd friend…dah la pregnant, nset baru dia lak kena kebas depan mata..belum lagi tgk resit refreshment tadi yg kena bayar.. …..apapun yg penting, diorang selamat……huhuhu
Actually ni adalah salah satu taktik mencuri handset ….kawan kepada kawan pun terkena taktik yg sama….bermula dengan bisnes discussion hinggalah alasan urgent call to be made, dan of course, nset pemangsa nie pasti ada prob so pinjam nset mangsa untuk dikebas …
So kengkawan expecially yg aktif berbisnes tak kisah la bisnes kcik ke besarke…..moral of the story …
1.Pastikan berdua atau lebih lagi bagus kalau nak meet up for bisnes meeting or so forth .
2.Tak perlu ke café hotel atau yg sewaktu dengannya…pegi je kedai mamak ke…atau kalau nak up sket, mana2 kopitiam (yg Halal) untuk berdiskusi….ramai orang…lagi ramai saksi…kalau kat café hotel berbintang-bintang tu, berapa kerat la sgt orang minum2 kat situ….kalau ada pun harusla yang kaya2….tp bila kes2 mcm nie…ada diorang kisah..??
3.Kalau la sesiapa yg tak dikenali nak pinjam nset, berwaspadalah….nset cokia ke, nset BB ke…itu kan harta kita…pandai2 lah handle the situation…jgn simplysiti terus bagi.
4.Be firmed and tegas expecially bila nak plan for meeting…jgn ikutkan sangat kata customer nak meet up kat hotel la…siapa yg patut pergi, siapa tidak, dll…..toleransi dalam hati2….
Renung2 kan.......
Monday, August 16, 2010
Hilang Paspot? Jangan berlengah lagi.Silalah perbaharui.
Prosedur membuat paspot Malaysia antarabangsa baru kerana HILANG
Sekadar nak berkongsi pengalaman. Paspot aku hilang pada hari (malam) yang sama rombongan Cik Kiah selamat tiba di KLIA dari Perth, Aus. Macamana hilang tak perlulah diceriterakan , benda dah nak terjadi, jadi aku teruskan langkah2 yang sewajarnya selepas itu.
Aku sedar pun pagi esoknya, berdebar hati Tuhan je yang tahu. Pagi di office, aku terus call bahagian Lost & Found yang aku dapat dari website KLIA : http://www.klia.com.my/index.php?ch=78&pg=206. Tetapi masih paspot tak dapat dikesan.
Petang tu, terus ke balai polis Cyberjaya buat repot. Pegawai polis yang bertugas tu buat follow up dengan pihak polis caw.KLIA di sana, namun masih tiada laporan mengenai paspot yang kehilangan tuan itu dilaporkan. :P
Berikut ialah dokumen yang diperlukan bagi membuat paspot yang baru atas sebab kehilangan.
- Kad Pengenalan (2 salinan fotokopi)
- Sijil Kelahiran (2 salinan fotokopi)
- Borang Permohonan Pasport Malaysia (IM.42 Pin 1/97)
- Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport MAlaysia (IM42c)
- 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 sm)
- Laporan Polis (2 salinan fotokopi)
- Salinan Pasport Malaysia yang hilang (jika ada)
Dalam borang soal selidik ada ruangan angkat sumpah di mana korang dikehendaki pergi ke mana2 mahkamah untuk urusan angkat sumpah dan pengesahan (cop) oleh pesuruhjaya sumpah atau pihak yang berkaitan. (Perlu bayar RM4 sebagai yuran urusan dsb, selepas bayaran di buat di kaunter, dokumen akan dicop dan baru ke tempat pesuruhjaya sumpah bagi proses angkat sumpah- sila tunjukkan resit bayaran RM4 itu tadi pada pesuruh jaya sumpah tu yer....;p)
Bila dah lengkap dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak, maka bolehla ke jabatan imegresen untuk proses peromohonan.
Paspot baru akan siap dalam masa sebulan. Fuh, sebulan tu, itupun terpulang pada pengarah sebab ada kes-kes tertentu ada juga penangguhan hingga berbulan-bulan. (menurut kata pegawai imegresen yang bertugas)
Kesimpulannya, Sayangilah paspot anda dan jagalah ia baik-baik. =)
Nota jari : Borang permohonan (IM.42 Pin 1/97) & (IM42c) ni memang boleh dimuat turun dari website Jab.Imegresen, tapi bila sampai di kaunter, pegawai imegresen tu akan bagi yang baru. So, better guna borang original , jangan mengharap sangat pada borang yang dimuat turun. Mungkin sebagai rujukan tu boleh. No hal. :)
Boleh ke laman web Jabatan Imegresen Malaysia untuk maklumat lanjut. http://www.imi.gov.my/index.php/bm/lama-utama