Walk of Life : A Walk To Remember: Journey to Success begin with a single STEP : Langkah dan Jejak Kembara Hidup
Monday, December 22, 2008
Recent updates at the end of the year 2008
Destinasi : Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu
Laluan: MRR2 ke Selayang-Rawang-KKB (jalan dalam) .Boleh gak guna PLUS highway, exit di Tol Tg.Malim
Kos seorang : 180 (rafting+ rations+lunch) + 15 (insurans) + 10 (duit tong minyak)+ 30 (photograph package) = RM235
Skill yang diperlukan : Excited + sihat tubuh badan + team spirit!! gambatte....kalau pandai berenang lagi afdhal, means that lebih confident laaa....;) tp kalu tak tahu berenang , jangan risau sebab ada pfd ;personal floating device...dont worry k!
Perjalanan:
Menaiki Unser bapak wida, dari Lembah Keramat ke destinasi + sesat2 sket adala sejam lebih sampai….huhuhuh. Bertemu dan berkenalan dengan ‘guiders’, Bai and Sayed (cameraman) di pejabat pos KKB , wajib isi surat wasiat =P dan bertolak ke tempat yang dituju iaitu Sungai Selangor, check point di mana aktiviti berakit bermula. Kami convoy ke sana dan 30 minit masa perjalanan diambil.
Aktiviti bermula:
Sesampai di sana, ada 3,4 org guiders yg lain sedang membuat persiapan peralatan berakit ; Helmet, PFD, rations, safety rope, pedals, and of course la raft!
Selepas sesi taklimat dan pengenalan antara yang dikongsi ialah teknik pengendalian rakit berkumpulan, teknik dayungan, kayuhan seperti forward, backward, teknik keselamatan diri ; self rescue, team rescue.
Kami semua 9 orang so, 2 raft disediakan, 2 guiders untuk setiap raft. Satu lagi raft untuk guiders khersonese + cameraman , mereka juga merangkap life saver di jeram2 tertentu. Safety first !
Kemuncak adrenalin aku adalah waktu floating lebih kurang 200-300 meter apabila guider melepaskan kami seorang demi seorang mengarusi sungai yang berbatu-batu (kecil)dan sedikit deras. Huhuh tertelan manyak air akibat pernafasan yang tidak sistematik uhuhu...mcm haper je aku rasa peh.
Secara keseluruhan, aku enjoy the activity, cuma tahap kecerunan jeram di Sg.Sedim lebih mendebarkan dari Sungai Selangor...yang penting, adalah semangat kesukanan dan berpasukan dalam memastikan anak2 kapal semua selamat.;)
daaa...=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment