Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 14, 2010

BUlan oh BUlannnn

Salam..

Selamat berpuasa! Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan 1431H.

Sekarang bulan Ogos 2010. Lagi 3 bulan (tak termasuk bulan Disember) tarikh walimah aku seperti yang dirancang iaitu pada 26hb Disember 2010 insya allah...Teringat aku tentang suara2 sinis yang bertanya...." Kenapa buat pada tarikh raya kapir tu..hari lain kan banyak lagi"

Hmmm...pada hamba Allah tu, pada tarikh tersebut, aku nie bukanla nak bukak kitab bible sambil bagi penerangan isi kitab tu pada tetamu2 yang datang then menyanyi-nyanyi dihiasi dengan pokok krismas atau yang sewaktu dengannya. Saya nie nak mendirikan masjid, nak menghalalkan hubungan generasi adam & hawa yang bukan muhrim menerusi tali pernikahan dan diraikan bersama sanak -saudara dan sahabat taulan sebagai tanda kesyukuran. Tu sahaja.
Tapi takpelah, kalau tak sudi nak hadir, siapalah aku nak paksa2 ye dak...

Persiapan dibuat sikit-sikit. Yang penting perancangan. Bak kata Mrs Izuan aka Sal, jgn last minit!...;)...huhuhu Setakat nie, tunang aku Shahril bagi kerjasama yang dalam menjayakan projek kawin nie...yelah, masing2 nak kawin kenalah berusaha ke arah itu...uuhhuuu cam gatai je bunyi =P yeah caiyok2..hahaha...ish bulan pose nie....cover2 sket dek nun!

Dah masuk hari ke-5 puasa aku di kampung. Memang HEAVEN gilerrrrr berpuasa di kampung halaman....;). Adik-beradik sumer ada, so gunalah peluang ni sebaik2nye untuk meluangkan masa bersama...nanti esok lusa, tulat tonggeng jarang dah nak berkumpul ramai2 camni...hmm malas nak balik KL esok nieh....:(

Pada mata2 yang sudi melirik cerita dlm blog nie, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa.Moga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya....aminnnn ;)

2 comments:

Sal Abdul Rahman said...

cikin, adat lah tu..suara-suara sinis pasti akan berkumandang (motip guna perkataan ni! hahaha) abaikan je kin cakap-cakap org..

teman aritu pon org cina tnya gak nape wat kenduri 13hb? sbb 13 tu kan no soi utk kaum cina..tapi kalu kita nak ikut pantang larang lam dunia nie payah le..yg nak kawen kita. yang nk susah payah pon kite. jadi jangan kerana langau seekor, kita tak jadi sembelih lembu! kan! zassssss nasihat mak hayyam dah keluor panjang lebor! hiks ;p

neway, selamat berpuasa kin ;)

sykn's said...

tu lah sal, aku pun maleh dah nak ambil port suara2 sinis nieh....(mmg sinis pun suara2 tuh...isk isk)

macamanapun kita mmg tak dpt nak puaskan hati sumer org...ater bior lantok ler...

thanks for the advise sal! ;)