Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 16, 2010

Hilang Paspot? Jangan berlengah lagi.Silalah perbaharui.

Prosedur membuat paspot Malaysia antarabangsa baru kerana HILANG

Sekadar nak berkongsi pengalaman. Paspot aku hilang pada hari (malam) yang sama rombongan Cik Kiah selamat tiba di KLIA dari Perth, Aus. Macamana hilang tak perlulah diceriterakan , benda dah nak terjadi, jadi aku teruskan langkah2 yang sewajarnya selepas itu.

Aku sedar pun pagi esoknya, berdebar hati Tuhan je yang tahu. Pagi di office, aku terus call bahagian Lost & Found yang aku dapat dari website KLIA : http://www.klia.com.my/index.php?ch=78&pg=206. Tetapi masih paspot tak dapat dikesan.

Petang tu, terus ke balai polis Cyberjaya buat repot. Pegawai polis yang bertugas tu buat follow up dengan pihak polis caw.KLIA di sana, namun masih tiada laporan mengenai paspot yang kehilangan tuan itu dilaporkan. :P

Berikut ialah dokumen yang diperlukan bagi membuat paspot yang baru atas sebab kehilangan.

  • Kad Pengenalan (2 salinan fotokopi)
  • Sijil Kelahiran (2 salinan fotokopi)
  • Borang Permohonan Pasport Malaysia (IM.42 Pin 1/97)
  • Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport MAlaysia (IM42c)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 sm)
  • Laporan Polis (2 salinan fotokopi)
  • Salinan Pasport Malaysia yang hilang (jika ada)

Dalam borang soal selidik ada ruangan angkat sumpah di mana korang dikehendaki pergi ke mana2 mahkamah untuk urusan angkat sumpah dan pengesahan (cop) oleh pesuruhjaya sumpah atau pihak yang berkaitan. (Perlu bayar RM4 sebagai yuran urusan dsb, selepas bayaran di buat di kaunter, dokumen akan dicop dan baru ke tempat pesuruhjaya sumpah bagi proses angkat sumpah- sila tunjukkan resit bayaran RM4 itu tadi pada pesuruh jaya sumpah tu yer....;p)

Bila dah lengkap dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak, maka bolehla ke jabatan imegresen untuk proses peromohonan.

Paspot baru akan siap dalam masa sebulan. Fuh, sebulan tu, itupun terpulang pada pengarah sebab ada kes-kes tertentu ada juga penangguhan hingga berbulan-bulan. (menurut kata pegawai imegresen yang bertugas)

Kesimpulannya, Sayangilah paspot anda dan jagalah ia baik-baik. =)

Nota jari : Borang permohonan (IM.42 Pin 1/97) & (IM42c) ni memang boleh dimuat turun dari website Jab.Imegresen, tapi bila sampai di kaunter, pegawai imegresen tu akan bagi yang baru. So, better guna borang original , jangan mengharap sangat pada borang yang dimuat turun. Mungkin sebagai rujukan tu boleh. No hal. :)

Boleh ke laman web Jabatan Imegresen Malaysia untuk maklumat lanjut. http://www.imi.gov.my/index.php/bm/lama-utama

Saturday, August 14, 2010

BUlan oh BUlannnn

Salam..

Selamat berpuasa! Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan 1431H.

Sekarang bulan Ogos 2010. Lagi 3 bulan (tak termasuk bulan Disember) tarikh walimah aku seperti yang dirancang iaitu pada 26hb Disember 2010 insya allah...Teringat aku tentang suara2 sinis yang bertanya...." Kenapa buat pada tarikh raya kapir tu..hari lain kan banyak lagi"

Hmmm...pada hamba Allah tu, pada tarikh tersebut, aku nie bukanla nak bukak kitab bible sambil bagi penerangan isi kitab tu pada tetamu2 yang datang then menyanyi-nyanyi dihiasi dengan pokok krismas atau yang sewaktu dengannya. Saya nie nak mendirikan masjid, nak menghalalkan hubungan generasi adam & hawa yang bukan muhrim menerusi tali pernikahan dan diraikan bersama sanak -saudara dan sahabat taulan sebagai tanda kesyukuran. Tu sahaja.
Tapi takpelah, kalau tak sudi nak hadir, siapalah aku nak paksa2 ye dak...

Persiapan dibuat sikit-sikit. Yang penting perancangan. Bak kata Mrs Izuan aka Sal, jgn last minit!...;)...huhuhu Setakat nie, tunang aku Shahril bagi kerjasama yang dalam menjayakan projek kawin nie...yelah, masing2 nak kawin kenalah berusaha ke arah itu...uuhhuuu cam gatai je bunyi =P yeah caiyok2..hahaha...ish bulan pose nie....cover2 sket dek nun!

Dah masuk hari ke-5 puasa aku di kampung. Memang HEAVEN gilerrrrr berpuasa di kampung halaman....;). Adik-beradik sumer ada, so gunalah peluang ni sebaik2nye untuk meluangkan masa bersama...nanti esok lusa, tulat tonggeng jarang dah nak berkumpul ramai2 camni...hmm malas nak balik KL esok nieh....:(

Pada mata2 yang sudi melirik cerita dlm blog nie, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa.Moga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya....aminnnn ;)