Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 11, 2012

Menjelang Tahun Baru Hijrah 1434

Assalamualaikum~

Pertamanya segala puji bagi Allah, tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, yang mengizinkan kita menghela nafas, mencari rezeki halal, mengimarahkan rumahtangga dengan pelbagai peranan i.e anak, isteri,suami, ibu, bapa, adik, kakak dll., mencetuskan idea, mencari peluang, berusaha untuk mencapai sesuatu yg dihajati, menyuburkan lagi ukhuwwah sesama rakan-taulan, sanak-saudara dan bermacam-macam lagi yang diizinkanNYA untuk kita berkehidupan di muka bumiNYA ini..

Setiap detik itu ada jatuh bangun , ada pahit manis, ada suka duka , ada gundah, ada tenang yang disimpulkan sebagai liku-liku kehidupan. Terpulang pada empunya diri, timbang akal, untuk menghadapinya dan mengambil iktibar untuk dijadikan pengalaman dan panduan yang tidak terdapat dalam buku...Rezeki bertambah, nikmat melimpah ruah , hati senang, fikiran tenang; maka syukur alhamdulillah. Kiranya yang sebaliknya berlaku, tetap syukur alhamdulillah, kerana apa jua yang datang, nikmat yang satu itu iaitu nikmat Islam tetap dimiliki. Mohon doa kepadaNYA agar ditetapkan hati dan iman terhadap Maha Pencipta hingga saat kita kembali menyahut panggilanNYA.

Ok, secara peribadi, tahun 1433H banyak mengisi helaian harianku dengan suka-duka kehidupan...misi aku dan S masih diusahakan iaitu mendapatkan S&S junior...:)
Aku yakin suatu hari nanti akan termakbul doa mak abah, mak abah mertua ,insya allah...mudah-mudahan diizinkanNYA. Allah itu lebih Mengetahui.

Terlintas untuk berkongsi tip untuk Hijrah diri, copy paste dari FB Dato' Dr.Hj Fadhilah Kamsah buat renungan bersama:-

  1. Bentuk niat yg tulus & harap redha Allah,
  2. Matlamat yg membakar smgt tapi munasabah,
  3. Buang tanggapan yg negatif ttg diri,
  4. Elak fikir negatif ttg segala perkara-- fikir itu doa!
  5. Belajar drp org yg berjaya,
  6. Jgn tergugat dgn komen negatif org lain,
  7. Lakukan langkah demi langkah-- jgn tak sabar,
  8. Elak tangguh2 utk lakukan perkara yg baik, .
  9. Amalkan dgn istiqamah selama 40 hari, sbb tabiat baru terbentuk dlm 40 hari,
  10. Byk berdoa & tawakkal kpd Allah swt.
Moga Allah beri kita semua taufik & hidayahNya. Aamiin, wassalam