Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 9, 2012

Debaran April 2012~


Assalamualaikum,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani~

Berkat Jumaat yang mulia ini, jauh di Batu Pahat, terasa ingin berkongsi rasa yang bercampur-baur yakni impian untuk menjadi tetamu Allah dalam ibadat umrah April nanti, insya Allah~

Pertama sekali, ibadat umrah/ziarah ini adalah anjuran tempat aku mencari rezeki yang sudah menjangkau 3 tahun lebih aku di sini. Alhamdulillah.Kali ni, bukan sebarang tempat untuk 'melancong'. Lancongan ini adalah ziarah ibadat, harus berbekalkan ilmu, rohani dan fizikal perlu selari niat dan hala tuju....pendek kata bukan boleh sebarangan tingkah laku.

Impian yang asal, ziarah ke tanah suci Makkah ini bersama famili tersayang di samping suami di sisi. Tapi percaturan DIA lebih baik. Jika diizinkanNYA, aku ke sana dulu April ini. Mana tahu rezeki bertambah, berkesempatan bersama keluarga di lain kelapangan waktu.

Sekarang dah bulan Februari, tolak tambah tinggal sebulan lebih saja lagi. Rasa gembira dan sebak, debar dan risau silih berganti. Gembira sebab bakal menjadi tetamu Allah (Mudah-mudahan Allah setuju.....), sebak+debar+risau mengenangkan persiapan rohani diri ni dalam mengimpikan kesempurnaan ibadat di sana. Bagaimana bentuk cabaran, dalam sedar atau tidak ujian yang datang mungkin kifarah dosa2 lalu.... aku harap dapat harungi dengan sabar dan tabah...Allah itu Maha Melindungi..

Pergi tanpa mahram di sisi, namun diizinkan dan direstui suami itu adalah tiket yang sangat2 beharga. Hakikatnya, sehingga waktu dan tika ini, bersyukur teramat sangat suami sangat memahami realiti kerja aku yang kadang-kala terpaksa berjauhan 2-3 hari atau seminggu disebabkan tugas..takpelah, sementara berdua ni aku komited la untuk berada diluar kawasan memandangkan rakan sepasukan pun banyak membantu...bersyukurla nak! lagipun sekali-sekala berjauhan, barulah membara rindu-rinduan....ok, stop..:P

Tak dapat aku bayangkan macamanalah nanti bertentang mata dengan Ka'abah, moga ianya menjadi kenyataan.Amin.

************************************************************************************
Sepintas Lalu~

Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :

1- Firman Allah yang bermaksud :

"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah."

2- Hadith Aisyah r.a :

Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?” Jawab Baginda S.A.W:

“Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah”.

Wallahualam~
Rujukan dari Nota Panduan Mengerjakan Umrah oleh Ustaz Jamaluddin Hashim (Pensyarah, UNiSZA)