Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 18, 2009

Negara? Negeri..?

Aku sedikit keliru dengan perkataan negara dan negeri yang seringkali disebut dalam berita di tv mahupun radio.

Pada kefahaman aku yang cetek nie, seluruh negeri bermaksud negeri-negeri dalam Malaysia yang juga bermakna satu Malaysia...

Seluruh negara pula, yang aku faham adalah negara-negara sebagai contoh, seluruh negara OIC yakni negara-negara dalam pertubuhan OIC......

jadi kenapa dalam berita kata contohnya,

" Kementerian mengumumkan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang berkuatkasa di seluruh negara bermula 1 Januari 2009..bla..bla.... "......

sepatutnya seluruh negeri la kan..kan...??

huh, aku yang silap ke atau pon sebenarnya semua orang tak kisah pun..???

Tuesday, February 10, 2009

sunshine

Can u touch the sun....?
Yes i can....

Can u hold it..??
Yes i can too...see...........i'm holding it now..;)

Can u take it away...??
Nope..its not mine...just le it be at where it suppose to be...the sun is not forever there....soon, it will disappear.., i need to wait untill tomorrow , so that i can touch and hold it but only in my imagination like today...










Sunday, February 8, 2009

Balik Kampung

Assalamualaikum..

Hari JUmaat - 6 Februari 2009

Hati berbolak-balik samada nak balik kampung atau tidak. Banyak perkara dalam pertimbangan, akhirnya aku mencuba nasib membeli tiket bas di Petronas Persint 9, tiket bas Transnasional dari KL-Ipoh-KL. Alhamdulillah, tiket berbaki 2 lagi untuk bas pukul 9.30 malam, maka keputusan muktamad aku balik kampung-seorang.

7.30 pm- aku bergegas ke stesen ERL beli tiket ke Bandar Tasik Selatan. RM 5.30. So aku plan dari sana ke Puduraya juga bekeretapi, lebih jimat masa dan fulus.

Sesampai di Stesen BTS, aku terus menuju ke kaunter tiket KOmuter. FUH, 2 kaunter dengan manusia berderet beratur membeli tiket. Aku macam blur kejap bila melihatkan kaunter Lrt-Star macam somethin wrong somewhere at sudden.....
Aku tanya seorang pakcik kat belakang aku, ' Pakcik, harga tiket ke Pudu berapa ringgit..?' Dia menjawab dalam RM 1 lebih.....dan tetiba dia bertanya, 'ANak ni nak ke Pudu, kenapa nak naik komuter? BUkan ke lrt-STAR..??'..huh!patutla aku rasa semacam, tapi betah jugak berdiri di kaunter tiket KOmuter....so aku pun blah dengan pantas lepas berterima kasih pada pakcik tadi. So, tak sia2 la aku tanya soklan yang spontan tu walaupun aku tahu, harga tiket ada juga terpapar di kaunter...

Sama situasi dengan kaunter di lrt-star, berpusu2 macam nak beli tiket konsert raihana (huhu tetiba pulak)...so aku pun beli la tiket ke pudu........dan sebelah kaunter aku ada seorang perempuan nie membeli tiket ke plaza rakyat..dan tidak semena2 aku rasa something tp aku teruskan perjalanan .....

Dalam train, lagi satu stesen ke pudu, aku ditanya oleh seorang minah yg cam blur, ' Kak, kat mana kita sekrang?' aku malas nak fikir, and menjawab, 'sorry, not sure'....Sampai Pudu aku turun ngan minah tu jugak...dan tetiba hati aku berdegup kencang!! laaa....aku silap stesen sebenarnya..aku mmg nak ke puduraya, tapi bukan berhenti di pudu, but ke Plaza Rakyat sebenarnya...huhuhuh...budak pompuan tadi cam tersilap jugak ..huh, so aku terus exit dan beli balik tiket ke plaza rakyat. ...dan aku perasan ada 2 org mamat yg sama kes ngan aku, silap beli tiket...sepatutnya berhenti di plaza rakyat tp di pudu sbb anggap situ puduraya..hua hua...

AKu just tersenyum dalam hati, mengenangkan kecuaian dalam kewaspadaan..dan aku istighfar jap...huh!inilah bahana nye bila dah lama tak balik kg dengan bas....

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke rumah jam 12:00 mlm. Road block sana sini dek kerana pergolakan kuasa/politik di Perak........

.
.
.

goonite~salam......

Tuesday, February 3, 2009

Pagi yang terang kini sudah HUJAN...

5:34 pm
Level 20 - Bangunan PERKIM -

Aku nak balik, tapi hujan sangat lebat. Di luar tingkap, KLCC dan menara KL pun tak mandang dek kerana kabus hujan yang sangat lebat.
Sejak dua menjak nie, hujan sangat lebat melanda KL juga di Pjaya and Cjaya. Tapi Jalan TUn Razak, harus lah tidak mengendahkan samada hujan sangat lebat ke atau tidak, kesibukan tetap melanda.

Tetiba ada kilatan cahaya putih di celah2 bangunan AMbank Insurance dan Hotel Grand Seasons. Cahaya kilat disusuli bunyi yang kuat. Aku teringat zaman hingusan , watu hujan2 mcm nie dngan kilat , org tua2 kata pertarungan antara iblis dan malaikat berlaku, dimana panahan kilat mengenai iblis maka terciptalah bunyi kilat dan guruh yang menggegarkan. Maka dengan itu menurut sumber yang aku sendiri pun tak sure, kalau dengar je bunyi kilat, baca surah al-Quraisy dengan kuat2 sekali expecially ayat yang terakhir. So aku ngan kema terjerit pekik baca surah tu kat tingkap rumah tanpa sebarang motif..astaghfirullah...jahilnya aku!isk isk..takpelah aku anggap itu sebagai latihan menghafal surah2 lazim.................

Petang yg gelap kini sudah cerah....la la..

so aku nak bersiap2 pulang...moga selamat sampai ke rumah..wokeh! daaaa...

salam~