Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 8, 2009

Balik Kampung

Assalamualaikum..

Hari JUmaat - 6 Februari 2009

Hati berbolak-balik samada nak balik kampung atau tidak. Banyak perkara dalam pertimbangan, akhirnya aku mencuba nasib membeli tiket bas di Petronas Persint 9, tiket bas Transnasional dari KL-Ipoh-KL. Alhamdulillah, tiket berbaki 2 lagi untuk bas pukul 9.30 malam, maka keputusan muktamad aku balik kampung-seorang.

7.30 pm- aku bergegas ke stesen ERL beli tiket ke Bandar Tasik Selatan. RM 5.30. So aku plan dari sana ke Puduraya juga bekeretapi, lebih jimat masa dan fulus.

Sesampai di Stesen BTS, aku terus menuju ke kaunter tiket KOmuter. FUH, 2 kaunter dengan manusia berderet beratur membeli tiket. Aku macam blur kejap bila melihatkan kaunter Lrt-Star macam somethin wrong somewhere at sudden.....
Aku tanya seorang pakcik kat belakang aku, ' Pakcik, harga tiket ke Pudu berapa ringgit..?' Dia menjawab dalam RM 1 lebih.....dan tetiba dia bertanya, 'ANak ni nak ke Pudu, kenapa nak naik komuter? BUkan ke lrt-STAR..??'..huh!patutla aku rasa semacam, tapi betah jugak berdiri di kaunter tiket KOmuter....so aku pun blah dengan pantas lepas berterima kasih pada pakcik tadi. So, tak sia2 la aku tanya soklan yang spontan tu walaupun aku tahu, harga tiket ada juga terpapar di kaunter...

Sama situasi dengan kaunter di lrt-star, berpusu2 macam nak beli tiket konsert raihana (huhu tetiba pulak)...so aku pun beli la tiket ke pudu........dan sebelah kaunter aku ada seorang perempuan nie membeli tiket ke plaza rakyat..dan tidak semena2 aku rasa something tp aku teruskan perjalanan .....

Dalam train, lagi satu stesen ke pudu, aku ditanya oleh seorang minah yg cam blur, ' Kak, kat mana kita sekrang?' aku malas nak fikir, and menjawab, 'sorry, not sure'....Sampai Pudu aku turun ngan minah tu jugak...dan tetiba hati aku berdegup kencang!! laaa....aku silap stesen sebenarnya..aku mmg nak ke puduraya, tapi bukan berhenti di pudu, but ke Plaza Rakyat sebenarnya...huhuhuh...budak pompuan tadi cam tersilap jugak ..huh, so aku terus exit dan beli balik tiket ke plaza rakyat. ...dan aku perasan ada 2 org mamat yg sama kes ngan aku, silap beli tiket...sepatutnya berhenti di plaza rakyat tp di pudu sbb anggap situ puduraya..hua hua...

AKu just tersenyum dalam hati, mengenangkan kecuaian dalam kewaspadaan..dan aku istighfar jap...huh!inilah bahana nye bila dah lama tak balik kg dengan bas....

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke rumah jam 12:00 mlm. Road block sana sini dek kerana pergolakan kuasa/politik di Perak........

.
.
.

goonite~salam......

No comments: