Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 5, 2011

Alhamdulillah~

Alhamdulillah a'la kullihal wa kullini'mah! Segala puji bagiNYA atas setiap perkara dan nikmat yang diturunkanNYA.

Apa lagi kalimah yang mampu aku ungkapkan melainkan alhamdulillah...dalam melahirkan rasa syukur yang teramat sangat atas perasmian aku sebagai isteri yang sah kepada en.suami bernama Mohd Shahril Md Rais pada 25 hb Dis = 19 Muharram di Masjid AnNUr Bt8 selepas Isyak. =). Walaupun lafaz yang ke-3 baru lah lepas gara2 tok kadi yang nak jugak sebut 'mas kawin', debaran tu takkan dilupakan....;)

Umur 28, baru aku berstatus isteri. Tidak terlalu awal namun tak pulak lewat sangat (kot), mungkin umur yang sudah elok benar untuk berumahtangga, meniti fasa hidup baru meninggalkan alam bujang sejak 28 tahun itu..lepas ni, 'ibu' mungkin?Moga dipermudahkan rezeqi..amin!

to be continued..~