Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 2, 2013

Singgah-singgah @ Ganu Kite..

Assalamualaikum,

Bumi Darul Iman dijejaki lagi. Kali ini ketibaan dan kepulangan diiringi dengan renyai hujan dan awan mendung. Walaupun bukan musim tengkujuh bak kata En.Syuk (bukan nama sebenar) pemilik perniagaan kereta sewa di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, ada daerah pertimuran Malaysia ini dilanda banjir dek kerana hujan lebat.

Sepanjang perjalanan ke Dungun, 2/3 nya ditemani  pemandangan melimpah luas ke Laut China Selatan apabila melewati Kelulut-Rantau Abang..tak sempat nak ambil gambar , namun ombak kuat menghempas pantai bersama deru angin kencang itu adalah pasti.

Sebenarnya aku diamanahkan untuk menyampaikan taklimat kepada pelajar IT dan kejuruteraan tahun akhir bagi politeknik-politeknik yang terpilih sebagai pusat latihan bagi satu  program ni  dengan kerjasama MoHE sebagai tambah nilai kepada bakal graduan dalam menempatkan diri dalam pekerjaan , bersesuaian dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ditimba di institusi pengajian. Jadi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin , Dungun antara destinasi itu......

Seharian di sana , antra lokasi yang sempat disinggahi :-

Kelulut :- Gerai 008, (bertentangan dengan bangunan chalet bewarna ungu) , antara lokasi yang selalu dikunjungi bagi penggemar keropok lekor. Sebenarnya banyak kedai-kedai, warung-warung yang jual keropok lekor, tapi yang bernombor 008 ni pada pendapat aku antara yang tersedap. Sebenarnya ada lagi satu tempat Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB), yang tak jauh dari airport KT pun terkenal. Takda rezqi nak merasa sebab dah habis (waktu tu dalam 6 pm).

Pantai Teluk Ketapang -  ni area tambak belakang airport KT, banyak kedai makan jual aneka celup tepung ; ikan , udang, sotong, cendawan....sedap digandingkan dengan air kelapa pandan. Tapi sebenarnya baru tahu Warung Pok Nong di Kg Mengabang Telipot lagi sedap dan glamor bagi rangkaian seafood celup tepung nie....rasanya berdekatan UMT/Unisza tak silap.




Masjid Kristal - Masjid Kristal di Pulau Wan Man, yang bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam (tutup hari Selasa)  luarannya memang cantik, subhanallah! Cuma tidak selari dengan dalaman masjid ini yang terdapat poo poo burung kering mahupun basah di dalamnya. Sedih bila melihatkan keadaan itu, namun solat  Zuhur tetap dilaksanakan disudut yang bersih. Diharap kebersihan dalam masjid ini dipertingkatkan lagi kerana ianya antara lokasi tumpuan pelancong tempatan mahupun asing tapi yang penting sekali ia adalah tempat ibadah di mana kebersihan itu sememangnya wajib dipelihara....(- -)'





Singgah-singgah ni bukan tujuan utama ke Ganu Kite, tapi sementara nak tunggu 'flight' 9.20 malam, kaki pun dipanjang-panjangkaaan...=p

Ok, sekadar perkongsian santai, esok-esok posting lagi jika masa mengizinkan! ;)

1 comment:

rashida khafiz said...

salam .. ada tak no tipon kete sewa airport trg ...tq