Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 5, 2009

Jari BUngkus~

Assalamualaikum...

11.30 pm @ hometown, T.R.

Permulaan bulan Mac aku agak sadis sket. Jari telunjuk kiri aku nie berbungkus akibat terhiris pisau yang baru diasah oleh housemate tanpa pengetahuan aku..huhu bukan salah siapa, mungkin diri sendiri yang cuai! (aku nampak isi jari dalam singki!! cet!)

Aku ingat nak bawak bekal mihun goreng ke opis sebagai breakfast pagi tu sebelum pergi kerja, tapi akhirnya berkesudahan MC sehari di Hospital Putrajaya (ER) huhu..Dengan berbaju kelawarnyer (merah lagik huhuh :P), tangan berbalut kain batik akibat pendarahan yang aktif (hampir fainted aku dibuatnye) , aku ke HPjaya dengan bantuan housemate , Zai yang tidak semena-mena halfday pada hari tu gara2 temankan aku kat spital. (emm aku dah mandi dah eh,.....smlm...)

Dalam masa seminggu lepas tu aku jadi pengunjung 'paksa-rela' ke Klinik Kesihatan Putrajaya untuk buat daily 'dressing'. AKu cam malas nak gi klinik panel sbb cam bunag masa je nak drive jauh2...jari sakit, mana leh drive...:P...... Waktu misi tu cuci luka aku nie, huh sakit hingga terangkat2 kaki walaupon aku cuba jadi semacho dan sekental yan mungkin (but huh cannot laa...isk isk..)..hmm camana la mangsa kemalangan jalanraya/atau mangsa hujan bom berdarah di Palestin tu menghadapi kecederaan yang jauh lagi parah dari luka secoet aku nieh....hanya Tuhan yang tahu kesakitan yang mereka alami, (belum ditambah lagi dugaan emosi/mental......)

..mungkin ini kifarah yang aku terima dari Dia... alhamdulillah 'ala kullihal..

lepas mandi tadi mak just taruk ubat gamat je , so tomorro no need for 'dressing' anymore..Yes!

agenda esok ialah, pagi2 lagi aku akan temankan mak gi tesco beli barang dapur untuk masak2 sebab hari sabtu dah start pindah +angkut barang ke rumah baru...emm dengan jari berbungkus nie aku rasa takde hal kot nak tolong2 angkat2 barang...cam ....bantal ke...ok la kan..? ...;P

My Lesson learned!
*luka yg menyebabkan 'active bleeding' atau pendarahan yang banyak dan berterusan, dinasihatkan untuk membalut luka itu secepat yang mungkin (menggunakan kain bersih) bagi mengurangkan pengaliran darah yang banyak. Langkah ini penting sebelum pergi ke hospital/klinik untuk rawatan susulan.

Wednesday, February 18, 2009

Negara? Negeri..?

Aku sedikit keliru dengan perkataan negara dan negeri yang seringkali disebut dalam berita di tv mahupun radio.

Pada kefahaman aku yang cetek nie, seluruh negeri bermaksud negeri-negeri dalam Malaysia yang juga bermakna satu Malaysia...

Seluruh negara pula, yang aku faham adalah negara-negara sebagai contoh, seluruh negara OIC yakni negara-negara dalam pertubuhan OIC......

jadi kenapa dalam berita kata contohnya,

" Kementerian mengumumkan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang berkuatkasa di seluruh negara bermula 1 Januari 2009..bla..bla.... "......

sepatutnya seluruh negeri la kan..kan...??

huh, aku yang silap ke atau pon sebenarnya semua orang tak kisah pun..???

Tuesday, February 10, 2009

sunshine

Can u touch the sun....?
Yes i can....

Can u hold it..??
Yes i can too...see...........i'm holding it now..;)

Can u take it away...??
Nope..its not mine...just le it be at where it suppose to be...the sun is not forever there....soon, it will disappear.., i need to wait untill tomorrow , so that i can touch and hold it but only in my imagination like today...










Sunday, February 8, 2009

Balik Kampung

Assalamualaikum..

Hari JUmaat - 6 Februari 2009

Hati berbolak-balik samada nak balik kampung atau tidak. Banyak perkara dalam pertimbangan, akhirnya aku mencuba nasib membeli tiket bas di Petronas Persint 9, tiket bas Transnasional dari KL-Ipoh-KL. Alhamdulillah, tiket berbaki 2 lagi untuk bas pukul 9.30 malam, maka keputusan muktamad aku balik kampung-seorang.

7.30 pm- aku bergegas ke stesen ERL beli tiket ke Bandar Tasik Selatan. RM 5.30. So aku plan dari sana ke Puduraya juga bekeretapi, lebih jimat masa dan fulus.

Sesampai di Stesen BTS, aku terus menuju ke kaunter tiket KOmuter. FUH, 2 kaunter dengan manusia berderet beratur membeli tiket. Aku macam blur kejap bila melihatkan kaunter Lrt-Star macam somethin wrong somewhere at sudden.....
Aku tanya seorang pakcik kat belakang aku, ' Pakcik, harga tiket ke Pudu berapa ringgit..?' Dia menjawab dalam RM 1 lebih.....dan tetiba dia bertanya, 'ANak ni nak ke Pudu, kenapa nak naik komuter? BUkan ke lrt-STAR..??'..huh!patutla aku rasa semacam, tapi betah jugak berdiri di kaunter tiket KOmuter....so aku pun blah dengan pantas lepas berterima kasih pada pakcik tadi. So, tak sia2 la aku tanya soklan yang spontan tu walaupun aku tahu, harga tiket ada juga terpapar di kaunter...

Sama situasi dengan kaunter di lrt-star, berpusu2 macam nak beli tiket konsert raihana (huhu tetiba pulak)...so aku pun beli la tiket ke pudu........dan sebelah kaunter aku ada seorang perempuan nie membeli tiket ke plaza rakyat..dan tidak semena2 aku rasa something tp aku teruskan perjalanan .....

Dalam train, lagi satu stesen ke pudu, aku ditanya oleh seorang minah yg cam blur, ' Kak, kat mana kita sekrang?' aku malas nak fikir, and menjawab, 'sorry, not sure'....Sampai Pudu aku turun ngan minah tu jugak...dan tetiba hati aku berdegup kencang!! laaa....aku silap stesen sebenarnya..aku mmg nak ke puduraya, tapi bukan berhenti di pudu, but ke Plaza Rakyat sebenarnya...huhuhuh...budak pompuan tadi cam tersilap jugak ..huh, so aku terus exit dan beli balik tiket ke plaza rakyat. ...dan aku perasan ada 2 org mamat yg sama kes ngan aku, silap beli tiket...sepatutnya berhenti di plaza rakyat tp di pudu sbb anggap situ puduraya..hua hua...

AKu just tersenyum dalam hati, mengenangkan kecuaian dalam kewaspadaan..dan aku istighfar jap...huh!inilah bahana nye bila dah lama tak balik kg dengan bas....

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke rumah jam 12:00 mlm. Road block sana sini dek kerana pergolakan kuasa/politik di Perak........

.
.
.

goonite~salam......

Tuesday, February 3, 2009

Pagi yang terang kini sudah HUJAN...

5:34 pm
Level 20 - Bangunan PERKIM -

Aku nak balik, tapi hujan sangat lebat. Di luar tingkap, KLCC dan menara KL pun tak mandang dek kerana kabus hujan yang sangat lebat.
Sejak dua menjak nie, hujan sangat lebat melanda KL juga di Pjaya and Cjaya. Tapi Jalan TUn Razak, harus lah tidak mengendahkan samada hujan sangat lebat ke atau tidak, kesibukan tetap melanda.

Tetiba ada kilatan cahaya putih di celah2 bangunan AMbank Insurance dan Hotel Grand Seasons. Cahaya kilat disusuli bunyi yang kuat. Aku teringat zaman hingusan , watu hujan2 mcm nie dngan kilat , org tua2 kata pertarungan antara iblis dan malaikat berlaku, dimana panahan kilat mengenai iblis maka terciptalah bunyi kilat dan guruh yang menggegarkan. Maka dengan itu menurut sumber yang aku sendiri pun tak sure, kalau dengar je bunyi kilat, baca surah al-Quraisy dengan kuat2 sekali expecially ayat yang terakhir. So aku ngan kema terjerit pekik baca surah tu kat tingkap rumah tanpa sebarang motif..astaghfirullah...jahilnya aku!isk isk..takpelah aku anggap itu sebagai latihan menghafal surah2 lazim.................

Petang yg gelap kini sudah cerah....la la..

so aku nak bersiap2 pulang...moga selamat sampai ke rumah..wokeh! daaaa...

salam~

Thursday, January 29, 2009

Tidakkah anda bengang apabila......




1. Bila bos kata, u always potong cakap I..let me finish, ok!.... tapi dia sukahatijiwaraga potong cakap org lain yg tengah beria2 explain or voice out his/her opinion......what a *&^%$!

2. BIla kita terangkan ide atau plan kat Bos, then he repeated the same thing as his own ide or plan....??huh u got sound terrible or what Mr Bos..?

3. BIla suka bagi last minute decision, where technically his plan is not possible to be executed in one shot time.

4. Bila Your bos suka berjanji manis depan client, but at last the kuli batak yang struggle behind the scene....... 1,2,3 cut..ACTION!!!peh

5. Bila Bos kata y dont u come to me, see me and discuss...padahal dia always MIA....Missing in Action.....

whose boss is this heh..
u want to know the answer..?then ask your bos.....but please bare with the risks...wokeh! minta diri dulu..daaaa......

Sunday, January 25, 2009

~:P

Malam nie, dikala orang lain sedang bersuka-suki hati menghabiskan masa di kampung atau apa-apa aje (ada aku kisah) huhu....tp aku bersusah hati menantikan emel dari sorang vendor nie ttg configuration system dia supaya bleh aku configure dlm laptop ni sebagai persediaan pembentangan kertas kerja hari ahad nie di Alor Setar oleh kengkawan seperjuangan aku..tinggal satu je lagi aplikasi huhuhuhuuuuu i'm, hoping for miracle!huhu isk isk isk............:(

Monday, January 19, 2009

my mama and grandpapa ;)

mak and tok wan
This photo was taken during my cousin's wed somewhere in the middle of november 2008.....my lovely mother with her 'cute-innocent-look' father which is my grandpapa..huhuhu ;)
AKu tak tahu nak describe ape2 gambar nie, tp mungkin, from my humble opinion, persamaan mereka pada hidung kot..hidung tinggi dlm maksud kata rupa-fizikal ye! bukan hidung tak mancung pipi tersorong2 tuuu or hidung tinggi tak sedar diri (sombong)...hmm banyak yang boleh dimaknakan oleh 'hidung'. Sungguh kaya bahasa ibunda kiter kan kan...(ok stop merepek)
Aku cuma nak kata:
TOk wan and tok (tok pompuan), thanks for gave birth my mother.....She is so caring, and concern, really taking care of her family ,she used to be my friend, my shopping mate, my good-ever listener, sometimes my banker too uhuhuh, she's my superwoman ever......tak kisah la bebelan dan pot pet-an emak , adakalanya membina ada jugak kami terpaksa masuk telinga kanan kuar telinga kiri huhu dan kerana susu badan dan air tangan(penampor) emaklah kami membesar dengan sihat dan insya allah menjadi sebaik-baik insan di muka bumi ini...amin.....
Tok, timakasih jugak sbb menjadi tok yang sempoi , walaupon kita mengibarkan bendera yang lain warna (hhehehe...faham2 sendiri eh shhhh), tp kita tetap sehaluan dlm meniti kehidupan yang mengharapkan redha dan rahmat NYA.....i miss u la tok!isk isk......
ok, nak balik umah, tgk citer spa Q =P...daaaa
salam~
6:15 pm...

Wednesday, January 14, 2009

Sebelum pulang...

Now , 6:11 pm

Still in front of my Dell, doing blog-hoping and ended/landed here at my blog.

After this, performing asr prayer, and drive home.

Thanks to Majlis Bandaran Sepang (whatever its name lah) coz due to new !*&^% rules and stu*&* ideas of park and ride, my car parked down hill for about 500 meters away...huh!

ok, see you tomorrow..daaaa...;P

Monday, January 12, 2009

snap on whitewater rafting @ KkB...;)

happy extreme ending of year 2008.......;)