Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 5, 2011

i miss carrying you.......

Assalamualaikum,

4 Disember 2011, Ahad, aku di Kulim memantau operasi program di Politeknik Kulim.Sebelum tu aku seminggu di Ipoh memantau program di Politeknik Ipoh. Tengahari tu, selepas dalam 30 minit tetiba rasa tak selesa , terasa seperti sesuatu yang mengalir...period kah aku?? Tak mungkin, sebab 30 Nov lepas baru sahaja aku tersenyum kambing sepanjang hari itu sebab baru ketahui positif hamil..Esok nya buat lagi...memang +ve....

Berdebar-debar jantung nie, ya Allah adakah perkara yang ditakuti itu akan aku alami untuk rezeki ini yang belum puas untuk aku mengucapkan syukur yg teramat sangat.....

Hmm....darah. Aku tarik nafas yang tak berapa dalam, terus call mak. Mak kata jangan banyak gerak. Duduk. 5 minit je, aku tak senang duduk terus sms mak nak pergi klinik berhampiran. Mak mengiyakan dengan pesanan 'Hati-hati'.

Aku pun berseorangan la mellilau cari klinik terhampir di Kulim tu.....
"Dr,...... bla..bla..bla......"
Dr sahkan aku hamil 6 minggu.. (waktu buat upt kat rumah, aku takdela nak jumpa doktor sebab tgh sibuk2 nak berkemas travel ke Kulim....)
Usia kehamilan yang aku kira masih awal lagi....tapi yang peliknya bila buat UPT test waktu tu, ianya -ve.! Takkan cepat sangat HcG tu xde.....

Pelik betul. Dr pun hairan...UPT test yang aku buat kat rumah tu tak valid ke? Nak kata expired, 2014 tarikh due datenye. Aku siap tunjuk gambar yang aku snap kat Dr tu.."Yeah, this is correct.Its positive, but very contradict with today's UPT test...hmmmm.."

Adoiyai, pening la kepala .Langsung tak boleh fokus buat kerja, dengan perut memulas-mulas. Dr kata datang lagi Selasa malam untuk scan, tapi aku refused, better aku buat kat kampung je, lagipun esoknya memang nak gerak balik Ipoh.

AKu balik ke hotel. Aku pun cerita semuanya dekat mak (memang mak teman aku outstation ke Kulim lepas tahu aku pregnant)..Mak pon fening. Namun semuanya terjawab pada lewat petang tu, aku dapati ada ketulan darah macam daging yang seperti diseliputi pada tuala wanita....ya Allah, betul ke ni...Aku tunjuk kat mak...Mak angguk perlahan. Lepas tu aku terasa seperti terkucil....ya Allah ada lagi, kali ni besar lagi..."Betul la tu Kin....sabar banyak2 ye, bukan rezeqi lagi...."

Di saat aku yang memang mengharapkan zuriat, kini ditelapak tangan sisa2 perjalanan si kecil ini yang hanya bertahan 6 minggu dalam rahimku. Dalam hati aku berdoa, mengharapkan pengampunan dan moga rezeki dimurahkan di ketika lain....aku bersyukur ala kullihal wa fi kulli ni'mah....terima kasih Ya Allah. Mungkin ada kes keguguran lain yang lagi serius dari aku....maka bersyukurlah, kerana setiap yang terjadi ada HikmahNYA....

Malam tadi aku dan Kema ke Klinik Dr Rusnah, sebelah kedai Mamak Ali tu. Lepas scan, Dr kata ada lagi sisa sambil tunjuk di skrin scanner tu..Perut ni masih memulas-mulas. Makanya aku diberi ubat supaya baki2 di rahim turun dengan mudah. Sambil berpesan, itu semua rezeki dariNYA, jangan sesekali lupa untuk makan folic asid yang memang aku amalkan namun kerap juga terlupa.

Terima kasih Mak kerana sentiasa di sisi....buat suami, Allah itu maha Mengetahui, mungkin rezeqi yang lebih baik menanti di hadapan....ketabahanmu En.Shahril adalah kekuatan ku...

9 comments:

Jaja said...

Kin salam sejahtera ke atas kamu dan suami...kin feel soooo sorry dgn situasi ini ... Tapi kamu harus tabah ye.. ReZeki itu pasti muncul lagi bersama pelangi aku doakan kamu dan encik S.

Semua ini dah tertulis apa yg patut kamu lakukan keep on usaha keep on doa keep on positif dan patutnya kamu perlu sedikit happy kerana kamu dan encik S sihat dan ok utk next percubaan kan. Be strong and try lagi. Wslm..

sykn said...

Thanks Ja, really appreciate your advise and doa....aminnnnn.....=)

Iszuanie Ilias said...

moga sentiasa dalam lindungan ALLAH... insyaALLAH akan selalu mendoakan kebaikan setiap rakan dan taulan... kuatkan hati n be strong ya mate....

Noorul said...

Kin, salam takziah buat ikin dan suami ye. Mungkin belum rezeki. imma faham apa yang ikin rasai kerana baru juga mengalaminya. Membaca artikel ini sedikit sebanyak membuatkan air mata ini bergenang (teringatkan kehilangan si kembar). Pada mulanya mmg kita akan rasa kehilangan namun insyaAllah pasti akan ada yang lebih baik untuk ikin dan juga suami, Yang penting selalu berdoa, makan ubat dan juga jangan putus asa. Take Care n Be Strong ya...

sukahati said...

Takziah Sykn. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk kita

sykn said...

manja , imma @ sue : thanks korang...doa yang terbaik jua untuk kalian...setiap anak Adam ada rezeki masing2 kan....Dia lagi Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita...amin...

Syai Zulkifli said...

Salam kinkin. Be strong ok.. syai faham ape yang kinkin rasa (air mataku mengalir bila baca entry ni - teringat kisahku dulu). Byk kan berdoa..insyaAllah rezeki ade untuk kinkin dan suami. Allah nak bagi yang lebih baik..

sykn said...

syai..pengalaman & cabaran syai lagi hebat..semoga kin dpt bertabah spt syai..& juga imma.....insya allah moga dipermudahkan rezeki dariNYA...amin

Noorul said...

Kin, setiap dugaan itu membuatkan kita lebih dekat pada-Nya...