Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 24, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang 1


Assalamualaikum~

Satu jam setengah lagi 25 Disember 2011, maka genaplah setahun perkahwinan S&S. Sekarang cyber cafe di kampung halaman mertua Merlimau dan En S di sebelah sibuk dengan YouTUBe nyer...(- - )'

Semalam, seharian menghabiskan masa di Thistle Resort, Port Dickson yang untuk kali ke-2 selepas express honeymoon yang lepas...huhu (--)'

Encik S sangat komited dengan Thistle nampaknya..takpelah, kerna dia juga komited untuk ongkosnya..., i follow....;P (psst..if you read this, Thanks A LOT dear! :) )

Apa yang penting, selama setahun ni ada suka duka kehidupan dilalui bersama. Masih banyak lagi yang perlu untuk kita lalui. Moga jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat~


Alhamdulillah
***********************
Another year to create
Precious memories together.

Another year to discover
New things to enjoy about each other.

Another year to strengthen
A marriage that defines forever.

Insya ALLAH......;)



Nota kaki: Ramai antara kawan-kawan yang menyambut anniversary end of this year.So diucapkan selamat ulangtahun perkahwinan kalian...moga berkekalabn jodoh dan dirahmatiNYA selalu amin!














Monday, December 5, 2011

i miss carrying you.......

Assalamualaikum,

4 Disember 2011, Ahad, aku di Kulim memantau operasi program di Politeknik Kulim.Sebelum tu aku seminggu di Ipoh memantau program di Politeknik Ipoh. Tengahari tu, selepas dalam 30 minit tetiba rasa tak selesa , terasa seperti sesuatu yang mengalir...period kah aku?? Tak mungkin, sebab 30 Nov lepas baru sahaja aku tersenyum kambing sepanjang hari itu sebab baru ketahui positif hamil..Esok nya buat lagi...memang +ve....

Berdebar-debar jantung nie, ya Allah adakah perkara yang ditakuti itu akan aku alami untuk rezeki ini yang belum puas untuk aku mengucapkan syukur yg teramat sangat.....

Hmm....darah. Aku tarik nafas yang tak berapa dalam, terus call mak. Mak kata jangan banyak gerak. Duduk. 5 minit je, aku tak senang duduk terus sms mak nak pergi klinik berhampiran. Mak mengiyakan dengan pesanan 'Hati-hati'.

Aku pun berseorangan la mellilau cari klinik terhampir di Kulim tu.....
"Dr,...... bla..bla..bla......"
Dr sahkan aku hamil 6 minggu.. (waktu buat upt kat rumah, aku takdela nak jumpa doktor sebab tgh sibuk2 nak berkemas travel ke Kulim....)
Usia kehamilan yang aku kira masih awal lagi....tapi yang peliknya bila buat UPT test waktu tu, ianya -ve.! Takkan cepat sangat HcG tu xde.....

Pelik betul. Dr pun hairan...UPT test yang aku buat kat rumah tu tak valid ke? Nak kata expired, 2014 tarikh due datenye. Aku siap tunjuk gambar yang aku snap kat Dr tu.."Yeah, this is correct.Its positive, but very contradict with today's UPT test...hmmmm.."

Adoiyai, pening la kepala .Langsung tak boleh fokus buat kerja, dengan perut memulas-mulas. Dr kata datang lagi Selasa malam untuk scan, tapi aku refused, better aku buat kat kampung je, lagipun esoknya memang nak gerak balik Ipoh.

AKu balik ke hotel. Aku pun cerita semuanya dekat mak (memang mak teman aku outstation ke Kulim lepas tahu aku pregnant)..Mak pon fening. Namun semuanya terjawab pada lewat petang tu, aku dapati ada ketulan darah macam daging yang seperti diseliputi pada tuala wanita....ya Allah, betul ke ni...Aku tunjuk kat mak...Mak angguk perlahan. Lepas tu aku terasa seperti terkucil....ya Allah ada lagi, kali ni besar lagi..."Betul la tu Kin....sabar banyak2 ye, bukan rezeqi lagi...."

Di saat aku yang memang mengharapkan zuriat, kini ditelapak tangan sisa2 perjalanan si kecil ini yang hanya bertahan 6 minggu dalam rahimku. Dalam hati aku berdoa, mengharapkan pengampunan dan moga rezeki dimurahkan di ketika lain....aku bersyukur ala kullihal wa fi kulli ni'mah....terima kasih Ya Allah. Mungkin ada kes keguguran lain yang lagi serius dari aku....maka bersyukurlah, kerana setiap yang terjadi ada HikmahNYA....

Malam tadi aku dan Kema ke Klinik Dr Rusnah, sebelah kedai Mamak Ali tu. Lepas scan, Dr kata ada lagi sisa sambil tunjuk di skrin scanner tu..Perut ni masih memulas-mulas. Makanya aku diberi ubat supaya baki2 di rahim turun dengan mudah. Sambil berpesan, itu semua rezeki dariNYA, jangan sesekali lupa untuk makan folic asid yang memang aku amalkan namun kerap juga terlupa.

Terima kasih Mak kerana sentiasa di sisi....buat suami, Allah itu maha Mengetahui, mungkin rezeqi yang lebih baik menanti di hadapan....ketabahanmu En.Shahril adalah kekuatan ku...

Friday, December 2, 2011

Baby Face vs Matured Face


Assalamualaikum~

Sambil menyelak gambar-gambar yang tersembunyi dalam folder2 lama, terjumpa gambar yang aku 'edit' ni. Gambar Shahril & me waktu kecik dan setelah menginjak dewasa. Memang tak dinafikan amat berbeza waktu baby dan juga bila dah meningkat usia. Itu adalah kuasa DIA yang Maha Mencipta. :)

Agak-agak, uolls tahu ke which baby face is his or mine..?? ;p