Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 23, 2012

Minal Aidilwalfaizin~1433H

Di pagi 1 Syawal 1433H di desa mertua, Merlimau , Melaka

4 Syawal , pulang ke Tg.Rambutan, alhamdulillah, trafik lancar tapi hala yang melawan arus adalah sebaliknya. Arah dari utara menuju ke KL mula sesak dengan kenderaan, mungkin ada yang mula bekerja. Kepada yang masih bercuti, kesempatan ini digunakan untuk meluangkan masa sebaik-baiknya untuk menziarahi jiran tetangga, dan sanak-saudara. Alhamdulillah atas nikmat Syawal ini.Amin......

Thursday, August 16, 2012

Pre:Minal Aidil wal Faizin~1433H (^ ^)

Assalamualaikum...
Masih gigih diri ini berada di office padahal lusa, insya Allah umat Islam menyambut 1 Syawal 1433H. 
Perancangannya Sabtu (esok) lepas sahur bertolak ke Merlimau, Melaka desa halaman mertua tercinta...wah, ayat....=)

Desa mertuaku @ Merlimau, Melaka.....
Insya Allah moga perjalanan dirahmati dan diberkatiNYA...Ni first time beraya di kampung hubby, so i will missed my mom's rendang ayam pedas dan lemang jagung Tg Rambutan yang memang maweless itu......uhuhu. Aperlah, makanan pulak yang difikirkan. Take pelah, bulan puasa baru-baru ni, berkesempatan 2 kali balik Tg, siap jumpa tok wan lagi....;). 

Raya tahun lepas.Ni hasil nukilan Nashriq adikku yang bongsu...(- -)'
Amin and Nashriq x habis2 kata, 'Tak sronok la K.Long takder raya ni.....' Dalam hati aku, mmg la korang nak duit raya kan..kan....hihihih :p

Ni raya tahun 2008 kot...uhuhu Tok wan ku sayang..kini umurnya mencecah 95 tahun...ingatannya masih baik...sayang tok wan.
Dan buat arwah Tok yam, cucumu ini sentiasa mengingati tok dalam doa....al-fatihah....rindu kat tok yam.....( - -)
Ok, semoga Syawal 1433H ini memberi 1001 makna, keberkatan , rahmah mawaddah buat seisi keluarga, sanak-saudara, sahabat-taulan dan amnya seluruh umat Islam meskipun ada sesetengah pelusuk, umat Islam menderita , bermandikan darah berhujankan bom,peluru...penuh tragis....Ya Allah, alhamdulillah a'la kullihal wa kulli ni'mah.

Raya tahun lepas: huhuhu rinduuuu la isk isk.love you mak abah!(hubby = photographer)
Time ni dah berjujuran air mata...memang sayu di saat bersalaman erat dengan kedua ibu bapa memohon kemaafan atas dosa2 yg lalu...Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak-anak. Sudah lama dimaafkan dosa anak2nya........huuuuuu ok,tetiba rasa bergenang-genang pulak mata nieh...ish..

Salam Syawal , maaf zahir & batin ikhlas dari saya dan suami (syikin & shahril). Moga Aidilfitri dirai dengan penuh kesyukuran dan keinsafan bersama orang-orang tersayang. Take care ya!! ;)



Wednesday, August 1, 2012

Sekejap Dah 14 Ramadhan!!

Assalamualaikum,

Dah pertengahan Ramadhan 1433H!! Ya Allah, cepatnya masa berlalu. (- - )'. Antara satu tanda hari kiamat  semakin menghampiri.


MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Ertinya:Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
H.R.Termizi


Ok, diucapkan selamat berpuasa kepada rakan taulan sekalian. Ada lagi separuh bulan Ramadhan untuk diperjuangkan nafsu ke arah mencari redha dan ganjaranNYA...moga kita semua dapat manfaatkannya sebaik-baik mungkin..(sesungguhnya diri ini ada jugak terlepas solat terawih..isk isk......)


Bulan puasa ni memang sinonim dengan juadah berbuka dan juadah bersahur. Setakat ni, tak pernah lagi makan kat luar dengan hubby. Masak apa yang ada. Kalau terlebih rajin, masak nasi+lauk-pauk, kalau  balik lambat sikit, goreng la apa yang boleh digoreng. Pagi tadi sahur spaghetti goreng daging berlada. hmm sedap jugak kuikui (kes masuk bakul la ) =P . Tumis bawang putih (lebih sikit)+bawang besar+tomato+daging hancur+carrot then masukkan lada hitam and sos tiram, garam and gula secukup rasa...haa dah siap, makan panas2.....:)

Ada hari ke-2 puasa bersemangat giler nak masak nasik daging. Tp sebab tak sempat nak rendam beras basmathi, guna beras biasa..alhamdulillah menjadik juga percubaan pertama ni. Hari ni nak buat lagi . Tapi beras basmathi tu tak rendam tak boleh ke..tak sempat balik kroje nak rendam bagai...isk isk....

Then buat side dishes nasi daging yang memang senang nak buat ,simple lagi menyihatkan iaitu kerabu tomato (air asam+kerisik+tomato) . Kalau terlebih rajin boleh la goreng ikan kering ke, atau salai daging ke sbb nasi tu pun dah berat dengan daging.......

Ok selamat berbuka yer !! ..lagi 5 jam dari sekarang ...(- -)