Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 18, 2013

Orang baru Sudah 59 hari ^_^


Subhanallah wa Alhamdulillah a’la kullihal wa ni’mah!
 
Assalamualaikum!!

Apa yang 59 harinya?Hari ni,  59 hari sudah usia SS junior menjadi khalifah comel di muka bumi ini. Mencecah tahun ke-3 bahtera perkahwinan berlayar, memperkenalkan new version of SS on the board;  Muhammad Imran Shauqi bin Mohd Shahril. Ops mari berkronologi lagi. Teringat pula profil ala2 biodata waktu sekolah rendah dulu-dulu. Macam di bawah:-

 

Nama Penuh : Muhammad Imran Shauqi bin Mohd Shahril

Nama Glamor : Imran or Shauqi

Tarikh Lahir : 22 November 2013 bersamaan 17 Zulhijjah 1434H @ 10.44 am

Tempat Lahir : PP Ar-Ridzuan, Ipoh, Perak

Berat Lahir: 3.2kg 

Tinggi Lahir : 47cm

Jantina : Lelaki

MOD : SVD (Spontaneous Vaginal Delivery)

Hobi : Senyum / Sengih dalam tidur & Suka tidur dalam dakapan & Ajak sembang @ 3-4 am

Makanan Kegemaran : Of course la Susu Ummi….

Perkembangan Terbaru : Eye contact, pandai bagi respond bila orang mengagah….;)

Ok, nanti bila dah tahu favorite book, sport ke, ummi update lagi eh…;p

Banyak sebenarnya nak kongsi pengalaman dan cerita sebelum,semasa dan sesudah melahirkan Imran. Insyaallah akan dilaksanakan hasrat itu.Kenapa beria benor nak berkronologi ni…?? Saya dan suami antara pasangan yang diujiNYA bagi mendapatkan zuriat. Allah itu Maha Kaya, sebaik-baik  perancang dan Maha Mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNYA, yang pasti usaha+doa+tawakal……insyaallah pasti makbul =)

Ok, entri ni nak kenalkan Imran je dulu…ni la Imran….;)
 

Di usia sehari

 Tapak kaki Imran as signature kelahiran di hari pertama
di Pusat Perubatan Arridzuan,Ipoh

Imran hari ke 30, genap sebulan, rambut pun habis dicukur oleh Atuk dan Abah
 

59 hari , esok genap 2 bulan, insyaallah =)
 
Zuriat adalah amanah Allah buat ibu bapa. Moga Abah dan Ummi dapat menjadi ibubapa terbaik buat Imran. Tiada lain yang diharapkan oleh ibu bapa melainkan doa anak soleh, taat pada NYA, hormat orang tua dan bijak berdikari di alam dunia ini...amin~

Tuesday, September 3, 2013

Menghampiri minggu ke 32..

Assalamualaikum,

Tup..tup dah menghampiri minggu ke 32,  usia kandungan ini....Alhamdulillah, sehingga saat ini, dipermudahkan Allah bagi diri ini untuk melalui trimester 1 dan 2 tanpa loya, muntah2...fening2....cuma alahan kulit...ruam, gatal2 dibahagian leher dan dada yg semakin berkurangan...so, nak jalankan tugas di kantor mahupun di rumah pun tidaklah terganggu, sesekali tercungap2 & terlelap pun takpelah, bukan salah ibu mengandung...;)
......terima kasih ya Rabb...=)


Perasaan : Teruja, Berdebar-debar, kadang-kadang risau..segala-galanya bercampur - baur...hanya padaMU ku berserah dan panjatkan kesyukuran serta doa...moga dipermudahkan urusan...amin......

Persediaan : Dari segi barang-barang keperluan tu insyaallah ada yang sudah tersedia dan ada yang dalam proses untuk diadakan...persediaan mental ni yang aku rasa sedikit merisaukan..huhu...dengar pengalaman manis & pahit rakan-taulan, pahit juga yang sering menyapa fikiran, lalu terbit bibit2 kerisauan....sekali lagi, lafaz Istighfar berlagu di bibir...berdoa dan berdoa, moga dipermudahkan urusan...........ini cabaran yang harus dilalui sebelum memegang tahta sebagai 'Ibu'...Ya Rabb, pertolonganMU ku mohon agar dipermudahkan urusan hambaMU ini....amin...

Ok, nak buang jauh-jauh rasa yang tak best ni...=P

Sekarang terasa kicking baby dalam perut, mungkin refleksi tidak setuju dengan perasaan x best tadi...;p
Maafkan ummi ye cayang, huhu...




Ok, nanti sambung lagi....;)

Thursday, August 1, 2013

Lagi 5 hari nak Syawal 1434H

Assalamualaikum,

Kalau ditolak hari ini, lagi 5 hari sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri 1434H. Alhamdulillah, setakat hari nie, 24 Ramadhan masih diberi kesempatan untuk berpuasa, mudah-mudahan penuh sebulan puasa di bulan Ramadhan tahun ni.....alhamdulillah...

Kandungan ku melewati 26 minggu, menghampiri trimester ke-3. Sudah disahkan Dr.Fazlina, anak ini bakal tergolong dalam kaum Adam. Aku dan suami tak kisah samada anak sulung ini lelaki atau perempuan, yang penting sihat walafiat , membesar bagaikan juara di dalam Rahim hingga sempurna sifatnya sebagai khalifaNYA di muka bumi ini……amin….

Bulan Ramadhan 1434H, terselit 1-2 peristiwa yang memang tak mungkin dilupakan. Pertamanya, perasmian aku sebagai Mak Long atas kelahiran puteri sulung adik aku yang diberi nama Adwa Nabilah ,  pada 29 Ogos 2013 bersamaan 20 Ramadhan 1434H, lewat 2 hari dari tarikh lahir suami ku, En Shahril...=) dan,....kurang 4 hari dari tarikh lahir Paksunyer, adik aku yang bongsu, Nor Nashriq pada 3 Ogos , (esok...)..Syukur pada Allah, what a bundle of joy! ;)

Yang keduanya, F.i.L aku admitted di Hospital Melaka hari Selasa lepas, selepas disahkan buku lalinya patah akibat tergelincir semasa menyiram pokok bunga di halaman rumah…uhuhuh….aku sangat bersimpati dengan FiL lebih2 lagi my MiL kerana 2 tahun yang lepas, juga dalam bulan Ramadhan, my FiL admitted disebabkan patah tulang paha kerana tergelincir dalam bilik air…..lebih kurang 2 bulan jugakla di hospital. Tiada pening, ataupun rasa pitam, jauh lagi the silent killer, namun takdir Allah, abah tergelincir…..siapalah hambanya yang mampu menolak ketentuan itu…....Aku kagum dengan ketabahan dan kesabaran MiL yang redha dan sedia menjaga abah hingga sembuh walaupun di kotak fikirannya terlebih dahulu dah merancang juadah Hari Raya , wajibnya masak lodeh, ketupat dan rendAng ayam…Takpe lah Mak, ada hikmahnya ni…..

Adik-beradik iparku bergilir jaga abah sementara cuti raya nie, moga abah cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian Allah yang tersembunyi beribu hikmah lebih2 lagi di penghujung Ramadhan ini…..

Persiapan raya, seadanya sahaja. Kami berdua lebih tertumpu kepada persediaan kelengkapan bakal Jr. Adala beli sikit-sikit..tambahan pula sale Raya ni….baju raya pun ala kadar, (skrg pun takde lagi, x tahu la nak beli ke x….;p), En suami, lebih suka repeat baju melayu time adik-beradik dia kawin dulu…so, aku ingat nak pilih warna Biru Muda tahun nie…tahun lepas warna ungu, sebelum tu lagi warna krim…..~whatever~

Kuih-muih : aci tunjuk ajer…& Perhiasan Rumah : Guna yang lama

Sungguhpun begitu, aku sabar menanti hari untuk balik Tg, teruja nak dukung Adwa Nabilah …insyaallah, nanti Adwa dapat sepupu lelaki yang sebaya hujung tahun nie…..huhuhuh..Mak Tok and Tok Abah marathonla jaga cucu…..=)


Adwa Nabilah -29072013=20 Ramadhan 1434H



Sunday, July 7, 2013

Ramadhan 1434H

Assalamualaikum ,

5 bulan blog ni sepi tanpa coretan. Jadi bermulalah 'recap version' selama kesepian itu di sini..=p

Alhamdulillah ala kullihal wa ni'mah, aku kini menghitung hari dengan penuh sabar, meniti setiap saat dengan penuh rasa syukur disebabkan rahimku kini berpenghuni; empunya degup jantung yang comel yang kini sudah mencecah 23 minggu. Syukur alhamdulillah. Hanya doa tidak jemu ditadah, dipohon agar perjalanan si kecil ini yang separuh lagi mencapai milestone nya yang pertama yakni selamat berpindah dari alam rahim ke dunia sebagai khalifahNYA yang sihat sempurna , amin....

Pengalaman si kecil ber'somersault' dalam perut ni memang best. Macam ada teman penyegar mata bila mula rasa mengantuk tahap gaban...=P.
Waktu santai2 depan tv, atau pun sebelum tido sambil pillow talk dengan S..(pillow talk dengan En. S ni beberapa minit je lepas tu kedengaran irama yang dia sorang je paham)...aku akan letak tangan S atas perut ni, bila time baby gerak je, mmg lah terasa , perut bergerak2...than En S akan teruja dan bersuara...Eh! eh! Eh....! ( - -)'

Ok lah what ever pun, moga Ramadhan tahun ini aku dan junior dalam rahim nie tabah dan kuat serta dikurniakan kesihatan yang baik dalam  menjalani ibadah puasa ; target untuk puasa penuh selama 30 hari, moga tercapai, insyaallah amin....

Pada masa yang sama debaran turut dirasa bilamana adik aku kini tengah sarat meniti hari-hari bagi melahirkan puteri sulungnya dan suami yang dijangka melahirkan pada akhir Ramadhan atau menjelang Syawal nanti....Ya Allah, permudahkanlah urusan adikku ini, amin!....



Nanti sembang lagi!! Selamat Berpuasa uollsss!!



Saturday, March 2, 2013

Singgah-singgah @ Ganu Kite..

Assalamualaikum,

Bumi Darul Iman dijejaki lagi. Kali ini ketibaan dan kepulangan diiringi dengan renyai hujan dan awan mendung. Walaupun bukan musim tengkujuh bak kata En.Syuk (bukan nama sebenar) pemilik perniagaan kereta sewa di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, ada daerah pertimuran Malaysia ini dilanda banjir dek kerana hujan lebat.

Sepanjang perjalanan ke Dungun, 2/3 nya ditemani  pemandangan melimpah luas ke Laut China Selatan apabila melewati Kelulut-Rantau Abang..tak sempat nak ambil gambar , namun ombak kuat menghempas pantai bersama deru angin kencang itu adalah pasti.

Sebenarnya aku diamanahkan untuk menyampaikan taklimat kepada pelajar IT dan kejuruteraan tahun akhir bagi politeknik-politeknik yang terpilih sebagai pusat latihan bagi satu  program ni  dengan kerjasama MoHE sebagai tambah nilai kepada bakal graduan dalam menempatkan diri dalam pekerjaan , bersesuaian dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ditimba di institusi pengajian. Jadi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin , Dungun antara destinasi itu......

Seharian di sana , antra lokasi yang sempat disinggahi :-

Kelulut :- Gerai 008, (bertentangan dengan bangunan chalet bewarna ungu) , antara lokasi yang selalu dikunjungi bagi penggemar keropok lekor. Sebenarnya banyak kedai-kedai, warung-warung yang jual keropok lekor, tapi yang bernombor 008 ni pada pendapat aku antara yang tersedap. Sebenarnya ada lagi satu tempat Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB), yang tak jauh dari airport KT pun terkenal. Takda rezqi nak merasa sebab dah habis (waktu tu dalam 6 pm).

Pantai Teluk Ketapang -  ni area tambak belakang airport KT, banyak kedai makan jual aneka celup tepung ; ikan , udang, sotong, cendawan....sedap digandingkan dengan air kelapa pandan. Tapi sebenarnya baru tahu Warung Pok Nong di Kg Mengabang Telipot lagi sedap dan glamor bagi rangkaian seafood celup tepung nie....rasanya berdekatan UMT/Unisza tak silap.




Masjid Kristal - Masjid Kristal di Pulau Wan Man, yang bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam (tutup hari Selasa)  luarannya memang cantik, subhanallah! Cuma tidak selari dengan dalaman masjid ini yang terdapat poo poo burung kering mahupun basah di dalamnya. Sedih bila melihatkan keadaan itu, namun solat  Zuhur tetap dilaksanakan disudut yang bersih. Diharap kebersihan dalam masjid ini dipertingkatkan lagi kerana ianya antara lokasi tumpuan pelancong tempatan mahupun asing tapi yang penting sekali ia adalah tempat ibadah di mana kebersihan itu sememangnya wajib dipelihara....(- -)'





Singgah-singgah ni bukan tujuan utama ke Ganu Kite, tapi sementara nak tunggu 'flight' 9.20 malam, kaki pun dipanjang-panjangkaaan...=p

Ok, sekadar perkongsian santai, esok-esok posting lagi jika masa mengizinkan! ;)

Sunday, February 17, 2013

'Blog-keeping' (- -)

Assalamualaikum~
 
Diam tidak beerti membisu  walaupun bersuara tak sekerap dulu, apatah lagi nak berlagu yang jarang2 merdu....ok, stop merepeks~
 
 
Ya ampun sudah pertengahan Februari 2013, 7 Rabiulakhir 1434 H. Bila banyak perkara nak dikongsi bagi yang sudah berlaku hingga saat ini, makanya akan terbitlah agenda kronologi akhir 2012  yang ingin dijadikan titipan kenangan ataupun sekadar tatapan di awan lalu....;p

17/11/2012

Kema selamat mendirikan rumahtangga bersama pilihannya Ijam (orang batu kurau, perak) , dan tika ini menghampiri 3 bulan usia kandungannya, almaklumler bunting pelaming..... (pantas betulll!!!). Alhamdulillah......



25/12/2012

Genap 2 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama En S. Alhamdulillah. Masih ber2, maka pada tarikh tersebut, masing2 bertekad+ berazam untuk mengusahakan s's junior melalui perubatan moden, start dengan infertility check-up ;-menurut doktor o&G di Azzahrah, Mr S normal and me too, namun untk meningkatkan lagi peluang tu,  makanya diberi clomid dos rendah (lupa brpa gram) namun secara keseluruhannya alhamdulillah ke2-2 nyer normal ajer nye punnn.....;p..mudah-mudahan rezeki menyebelahi kami di tahun 2013 ini..amin ya Rabb!! (maybe both of us were too busy working, outstationing, stress....hmmm....)
Interprame kejap..makin sihat walafiat kan weollsss.....;p
 
OK, itu antara kesudahan lewat 2012.....alhamdulillah kerana hanya dengan kasih sayangNYA jua, masih lagi bernyawa menghirup udara 2013 dengan episod-episod kehidupan yang akan datang, harap dapat ditempuhi dengan penuh kesyukuran dan penambah baikan...;)