Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan 1432

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Esok puasa! Rasanya baru semalam aku belek Berita Harian 1 Syaaban..(Sungguh pantas masa berlalu~)

Alhamdulillah, rezeqi kita yang dapat berjumpa dengan Ramadhan kali ini di tahun 1432 Hijrah :) Terima kasih ya Allah,dengan kasih sayang MU dan jua izinMU kami berpeluang, menyertai bulan latihan nafsu, bulan mendidik jiwa ..kami terharu ya Rabb dan ikhlas meniti Ramadhan ini, moga lebih baik dan terbaik dari yang sebelumnya..insya Allah!

Bila melirik Nur Ogos 2011, satu perenggan ini sangat terkesan di hati, maka aku suka untuk kongsikan di sini:-

Orang bersedeqah, kita pun mahu bersedeqah..........tetapi pada masa yang sama ragu-ragu dengan pemberian itu. Ikhlaskah itu?
Bersedeqah menyempurnakan iman seseorang namun ia harus dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Hanya Allah sahaja yang berhak memberi ganjaran.


Mudahan aku dan suami serta keluarga sanak saudara , sahabat taulan dapat memanfaatkan Ramadhan Karim, hadiah DIA pada hamba-hambaNYA bagi sucikan hati yang makin berdebu, sucikan fisikal yang makin menggebu, sucikan harta yang menggunung Korbu, persediaan rohani & jasmani untuk menempuh 11 bulan yang lain......sesungguhnya bulan Ramadhan sangat hebat.............amin...:)





No comments: