Assalamualaikum,
~Status 2011 :Tahun mulanya aku memikul tanggungjawab dan status baru sebagai seorang isteri juga menantu. Tidak semudah yang disangka. Aku ingin terusan komited memberi sokongan , kekasih juga sahabat buat suami..harapanku si dia juga begitu....;) . Alhamdulillah, famili mertuaku memang sporting dan understanding....love them all..:)
Harapan 2012: Moga prestasi aku sebagai isteri lebih baik tahun ini, insya Allah. Fokus!
~Kerjaya 2011 - Hampir 2 tahun setengah di PSSB, alhamdulillah tugas berat makin dipikul..moga rezeqi diberkati dan bertambah2 di sini..amin.
Harapan 2012: Alhamdulillah, hari pertama bekerja di tahun 2012, aku dikirim sepucuk surat bersama jabat tangan yang erat dari bos, Alhamdulillah...syukur....moga hari2 yang mendatang memberi input dan output terbaik bagi diri juga tugasan. Fokus!
~Zuriat 2011 - Tiada rezeqi di tahun 2011. Banyak pengajaran dan nasihat serta sokongan diberi oleh sahabat taulan terutamanya suami,keluarga dan juga famili mertua. Keguguran yang dialami sangat terkesan pada diri ini bahawa Tuhan itu Maha Pencipta lagi Maha Menghidupkan oleh kerana itu, Dia juga berhak untuk mematikan dan mengambil kembali......
Harapan 2012: Berusaha di samping berdoa dan tawakal yang tiada henti agar impian untuk memegang dan mengucup jemari si kecil menjadi kenyataan tahun ini..amin..Fokus!;p
~Jati diri 2012- sesungguhnya sekecil-kecil amalan mulia itu sangat mudah bagi seseorang namun mungkin sukar pada orang lain...moga aku teguh berdiri di landasan istiqamah, biar terjatuh atau bertatih , tetap kemas menyusun langkah di atas landasan itu...insya allah, amin.
~Hobi 2012 - dari mengenal huruf sampai la pakai spek akibat rabun, aku memang suka membaca, tapi aku akui makin kureng tahap pembacaan & pemahaman dek kerana kurang membaca bila sibuk2 ngan kerja.So this year, aku berazam untuk lebih membaca buku2 yang dapat membantu meningkatkan ilmu dalam kerjaya, motivasi diri lebih2 lagi ilmu agama yg cetek ini...uhuh (--)' ...Fokus!
~Destinasi 2012 - First of all, moga tercapai 'Jalan-jalan Santai' dengan encik Suami, tak yah fikir jauh2 , cukuplah sama ada di Pulau Langkawi atau Pulau Pangkor...
Yang paling mengujakan lagi mendebarkan, ialah menantikan saat indah iaitu Pengerjaan Umrah yang ditaja oleh kompeni tempat aku bekerja bagi semua wargakerja Muslim di situ...Alhamdulillah, moga Big bos terus kaya-raya...dan menaja kami lagi...;P.
Cadangnya dalam awal April ni....Ya Rabb, moga aku hambaMU yang hina ini antara yang terpilih untuk menjadi tetamuMu......aminnnnnn......
~Perancangan Kewangan 2012- Aku dah nekad untuk mencatit setiap sen yang dikeluarkan pada setiap hari yang sememangnya menuntut komitmen yang tinggi..uhuhuh...Aku yakin dengan cara ini sahajalah perbelanjaan dapat dipantau dan dirancang untuk insan yang agak boros seperti aku nieh...isk isk....en suami, you have no excuse on this ...pls take note..=P. 2 tabung dah penuh dengan syiling, one more to go...nampak macam remeh tapi hasil bagi pepatah 'sikit2 lama2 jadi bukit' ini sangat mengujakan.....Fokus!
~Kesihatan 2012 - Hmmm....2011, boleh dikira dengan jari berapa kali aku jogging dengan en S...adoiyai...that is the worst year of fitness-care ever for me...isk isk...zaman bujang aku dulu, sanggup naik bas dari wangsa maju ke taman tasik titiwangsa setiap weekend untuk berjogging...the best achievement ialah 57kg! sikalangggg...tambah je lagi 10kg..ok, takpe, this year would be a better year in fitness-care for me as well en S...insya Allah, fokus!caiyok!...(--) ...
Kesimpulannya, kita sebagai manusia mampu merancang dan berusaha yang terbaik dalam apa jua yang dikerjakan, namun...dalam sebaik-baik perancangan itu ada risiko yang diluar kawalan diri. Maka di situlah tuntutan hambaNYA untuk berdoa, bertawakal dan berserah kerana manusia ini hamba yang lemah ...selayaknya kita memohon pertolongan dari yang Maha Terbaik PerancanganNYA; Allah Yang Maha Besar........wallahualam~
No comments:
Post a Comment