Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 30, 2012

Baiti Jannati~

Assalamualaikum,

Mode : Homesick
Nak balik kampung hujung minggu ni, tapi En S terlibat pulak dengan Badminton Tournament anjuran department dia.

Gambar-gambar ni antara koleksi gambar yang memang mendamaikan mata dan hati ini tatkala teringat kampung halaman yang jauh dari kesesakan dan kesibukan ibukota..:)

Kalau tak silap dalam pukul 7.30-8.00 pagi aku snap gambar ni dari tingkap bilik adik. Macam perempuan mengandung formasi gunung-ganang yang sebenarnya terpisah antara satu sama lain. Ada kisah dongeng, dulu la jiran aku cerita , ada seorang wanita mengandung , berambut panjang berdandan, lari dari rumah sebab merajuk dengan laki dia. So wanita ni menghembuskan nafas terakhir di hutan banat, lalu terbentukla formasi ni yang seakan2 bentuk fizikal wanita yang malang ini. =p Kalau tak silap puncak gunung korbu yang tinggi tu...hmm ye ke..? Propa je jiran aku tuuu....=)


Matahari kian memancor kan sinarnya..



Abah yang tak jemu2 melayan pokok2 herbanya...



Berbudi pada tanah, akan dapat hasilnya, kecil mahupun besar, jasa tetap dibalas jasa.....:)





Thursday, March 22, 2012

Belon Panas-Panas





Assalamualaikum,

Pergi tengok belon panas pada pukul 6 pm. Sangat ramai pengunjung yang datang di hari terakhir ni. Waktu ni tak dapat tengok belon2 yang luar biasa. Phew, so exhausted..;P

Monday, March 12, 2012

Diam-diam ubi..

Assalamualaikum,

Baru-baru ni balik rumah (my hometown @ Tg Rambutan). Biasalah kalau balik rumah, macam radio aku dengan mak berbual dari sekecil-kecil topik hinggalah berjela yang langsung takda kena-mengena dengan topik pertama....:P


Yang bestnya sambil potpet, kerja tangan mak aku ni pun lagi rancak. Ni antara gambar-gambar yang saja aku kongsi buat tatapan sendiri sambil mengingatkan aku yang masa itu emas. Pencen kerja tak bermakna istirehat sahaja, tapi kalau kita rajin nak mengaktifkan diri banyak benda yang bermanfaat boleh dibuat. Begitu jugak ibu-ibu, makcik-makcik kat luar sana..:)




Sulaman di atas tu bermula dari sulaman manik yang jahit di baju kurung polos mahupun bercorak. Mak kata macam boring sikit, so mak upgrade buat sulaman untuk kolaj hiasan yang dibingkaikan. Banyak2 slaman ni mak kata ada projek X dia..so aku tunggu dan lihat saja....Bakul manik tu mak belajar dari adik ipar, tapi macam tak berapa ghairah nak anyam manik ni , mak fokus on sulaman je sekarang. ok lah mak, apa2 ajer..Rujukan utama mak bagi teknik2 sulaman ni buku-buku kraftangan dan internet..yang aku kagum sket tu, punyalah rajin printscreen setiap langkah dalam youtube tu sebab mak kata dia tak paham instruction sebab dalam bahasa Italy..apekah.....apapun tak sia2 mak suruh aku beli tab untuk dia, memang berbaloi.....
...hmmm aku pun takder (T T)

Sebelum ni, mak rajin buat rantai tangan dan jual kat jiran tetangga, Akma dengan paksa-rela jadi partime sales girl kejap kat tempat dia kerja haha....dan alhamdulillah, pulang modal bagi rantai tangan tu..so baki yang tak terjual aku yang curik :P dan mak bagi cenderahati buat anak-anak buah serta yang seangkatan dengannya. ;)

Mak belajar buat aksesori ni dari kelas KEMAS di Taman perpaduan. Lepas tu rujuk internet dan kreativiti sendiri.


Moral of the story: Hendak 1000 daya ~ :)