Assalamualaikum,
Baru-baru ni balik rumah (my hometown @ Tg Rambutan). Biasalah kalau balik rumah, macam radio aku dengan mak berbual dari sekecil-kecil topik hinggalah berjela yang langsung takda kena-mengena dengan topik pertama....:P
Yang bestnya sambil potpet, kerja tangan mak aku ni pun lagi rancak. Ni antara gambar-gambar yang saja aku kongsi buat tatapan sendiri sambil mengingatkan aku yang masa itu emas. Pencen kerja tak bermakna istirehat sahaja, tapi kalau kita rajin nak mengaktifkan diri banyak benda yang bermanfaat boleh dibuat. Begitu jugak ibu-ibu, makcik-makcik kat luar sana..:)
Sulaman di atas tu bermula dari sulaman manik yang jahit di baju kurung polos mahupun bercorak. Mak kata macam boring sikit, so mak upgrade buat sulaman untuk kolaj hiasan yang dibingkaikan. Banyak2 slaman ni mak kata ada projek X dia..so aku tunggu dan lihat saja....Bakul manik tu mak belajar dari adik ipar, tapi macam tak berapa ghairah nak anyam manik ni , mak fokus on sulaman je sekarang. ok lah mak, apa2 ajer..Rujukan utama mak bagi teknik2 sulaman ni buku-buku kraftangan dan internet..yang aku kagum sket tu, punyalah rajin printscreen setiap langkah dalam youtube tu sebab mak kata dia tak paham instruction sebab dalam bahasa Italy..apekah.....apapun tak sia2 mak suruh aku beli tab untuk dia, memang berbaloi.....
...hmmm aku pun takder (T T)
Sebelum ni, mak rajin buat rantai tangan dan jual kat jiran tetangga, Akma dengan paksa-rela jadi partime sales girl kejap kat tempat dia kerja haha....dan alhamdulillah, pulang modal bagi rantai tangan tu..so baki yang tak terjual aku yang curik :P dan mak bagi cenderahati buat anak-anak buah serta yang seangkatan dengannya. ;)
Mak belajar buat aksesori ni dari kelas KEMAS di Taman perpaduan. Lepas tu rujuk internet dan kreativiti sendiri.
Moral of the story: Hendak 1000 daya ~ :)
No comments:
Post a Comment