Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 19, 2012

Lets Pangkoring~ ;P

Minggu lepas, berkesempatan memenuhi agenda CompTIA Get Together with PSSB & Uni Committee bertempat di Pangkor Island Beach Resort, Pulau Pangkor. 3 hari 2 malam di sana, selain dari aktiviti bebas, CompTIA memberi taklimat megenai rangkaian produk-produknya manakala PSSB lebih kepada pencapaian program 3P serta sesi soal jawab dari pihak universiti.

Boleh dikatakan express getaway di samping mengeratkan lagi 'partnership' dengan 'client' iaitu wakil dari universiti.

Alhamdulillah, kendur sikit urat-urat mata, memandangkan keindahan ciptaanNYA. Insya Allah, ada rezeki nak bertandang sekali lagi di sini dengan yang tersayang.(^^).

Pangkor Island Beach Resort memang sangat sesuai untuk percutian bulan madu atau seisi keluarga. Pantai yang bersih dalam kawasan yang terlindung (privacy) seolah kita berada di sebuah pulau kecil.Ianya terletak di utara P.Pangkor dan boleh menaiki feri di Jeti Lumut terus ke jeti resort ini. Kalau nak naik teksi dari jeti Pangkor ada dalam RM 40 satu teksi.

Banyak aktiviti di resort antaranya; berkanu, jetski, catamaran, lawn ball, futsall, beach valley ball, etc. Jangan terkejut bila tengok burung Enggang atau Merak berterbangan, berkeliaran di sekitar resort sebab burung-burung jinak ini memang dijaga makan minum mereka. =) 


Subhanallah..indah pemandangan..berjalan berduaan pun best ni...hikhikhik...;P

Free and easy~ have a seat please...

Rugi kalau tak mandi..

Pondok romantika




Saturday, June 9, 2012

Spagetti Sardinato


Sardin+bawang besar+kentang+tomato+cili merah + spagetti


taraaa.....spagetthi sardinato (sardin + (potato+tomato))

Mudah dan sedap (sedap..? ;P)

Ni inspirasi dari ide Aley Iskandar dalam segmen masak2 slot Malaysia Hari Ini. Dari segi khasiat;ikan sardin, tomato, bawang dan minyak zaitun ada zat dan khasiat tersendiri..Boleh pilih untuk kurangkan spagetti atau kentang yang masing2 sumber karbohidrat. 

Disebabkan ada stok ulam pegaga dalam peti ais so, disamping hiasan sedap jugak sebenarnya makan bersama spagetti nieh...kuikui...cubalah. Kalau nak rasa masam-masam tomato, tumis tomato sampai nak hancusss dan sedikit likat....

Olahan : ada yang letak secubit perencah kari atau lada hitam untuk kelainan....

**Sardin ni makanan dalam tin. Jadi kita dah sedia maklum bahan awet yang digunakan. Memang sedap tp tak elok makan kerap...., lagi sedap kalau sebulan sekali dapat hidang macamni atau buat mini pizza ker or sandwhich. tapi memang tak boleh lawan makan dengan nasi panas-panas sama telur dadar!! mawelles..kan? ..;)



Thursday, June 7, 2012

Sejenak di Bandar Diraja Pahang, Pekan

Lokasi di Tg.Selangor, Tanah Putih, Pekan, Pahang.

Dalam 1km dari Univresiti Malaysia Pahang(Pekan)..landskap yang sayup mata memandang, boleh kendurkan urat mata yang tegang..hihihi....

Tempat ni bukanlah tempat pelancongan tapi landskapnya cukup menawan hati, menyejukkan mata.........seolah-olah kita sunyi dari kebisingan bandar, sambil menghayati hidup luar bandar yang syukur dengan apa yang ada....kalau berada di Pekan mungkin boleh singgah di Kuala Pahang, tempat ikan-ikan mendarat untuk diraih oleh peniaga-peniaga ikan...(antara lokasi penggambaran Seindah Sakura slot Akasia TV3)

Penginapan di area Pekan , Bandar Diraja Pahang ni antara yang 'OK' ialah di Indera PuraLake Resort atau di Melati Inn. Kalau nak yang berbintang-bintang adalah di ibu negeri Pahang  iaitu Kuantan semestinya banyak pilihan :)
Inderapura Lake Resort (pemandangan dari bilik adalah tasik tapi servis dia  so-so je..)

Dari Kuantan ke Pekan , ada dalam 30-40 km bergantung pada laluan yang diambil, kalau tak silap ada 3 laluan ke Kuantan dari Pekan nie. Tapi kalau waktu malam, disyorkan guna laluan ke Tg.Lumpur sebab di situ banyak pilihan restoren makanan laut. Antara yang dicadangkan ialah Ana Ikan Bakar Petai...mawelles!!



Salah satu view di tanjong selangor

 Persisiran pantai Tanah Putih, ...a walk to remember....;P

 Pokok-pokok Rhu yang sayup mata memandang


Titian usang...