Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 19, 2012

Lets Pangkoring~ ;P

Minggu lepas, berkesempatan memenuhi agenda CompTIA Get Together with PSSB & Uni Committee bertempat di Pangkor Island Beach Resort, Pulau Pangkor. 3 hari 2 malam di sana, selain dari aktiviti bebas, CompTIA memberi taklimat megenai rangkaian produk-produknya manakala PSSB lebih kepada pencapaian program 3P serta sesi soal jawab dari pihak universiti.

Boleh dikatakan express getaway di samping mengeratkan lagi 'partnership' dengan 'client' iaitu wakil dari universiti.

Alhamdulillah, kendur sikit urat-urat mata, memandangkan keindahan ciptaanNYA. Insya Allah, ada rezeki nak bertandang sekali lagi di sini dengan yang tersayang.(^^).

Pangkor Island Beach Resort memang sangat sesuai untuk percutian bulan madu atau seisi keluarga. Pantai yang bersih dalam kawasan yang terlindung (privacy) seolah kita berada di sebuah pulau kecil.Ianya terletak di utara P.Pangkor dan boleh menaiki feri di Jeti Lumut terus ke jeti resort ini. Kalau nak naik teksi dari jeti Pangkor ada dalam RM 40 satu teksi.

Banyak aktiviti di resort antaranya; berkanu, jetski, catamaran, lawn ball, futsall, beach valley ball, etc. Jangan terkejut bila tengok burung Enggang atau Merak berterbangan, berkeliaran di sekitar resort sebab burung-burung jinak ini memang dijaga makan minum mereka. =) 


Subhanallah..indah pemandangan..berjalan berduaan pun best ni...hikhikhik...;P

Free and easy~ have a seat please...

Rugi kalau tak mandi..

Pondok romantika




No comments: