Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 1, 2012

Sekejap Dah 14 Ramadhan!!

Assalamualaikum,

Dah pertengahan Ramadhan 1433H!! Ya Allah, cepatnya masa berlalu. (- - )'. Antara satu tanda hari kiamat  semakin menghampiri.


MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Ertinya:Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
H.R.Termizi


Ok, diucapkan selamat berpuasa kepada rakan taulan sekalian. Ada lagi separuh bulan Ramadhan untuk diperjuangkan nafsu ke arah mencari redha dan ganjaranNYA...moga kita semua dapat manfaatkannya sebaik-baik mungkin..(sesungguhnya diri ini ada jugak terlepas solat terawih..isk isk......)


Bulan puasa ni memang sinonim dengan juadah berbuka dan juadah bersahur. Setakat ni, tak pernah lagi makan kat luar dengan hubby. Masak apa yang ada. Kalau terlebih rajin, masak nasi+lauk-pauk, kalau  balik lambat sikit, goreng la apa yang boleh digoreng. Pagi tadi sahur spaghetti goreng daging berlada. hmm sedap jugak kuikui (kes masuk bakul la ) =P . Tumis bawang putih (lebih sikit)+bawang besar+tomato+daging hancur+carrot then masukkan lada hitam and sos tiram, garam and gula secukup rasa...haa dah siap, makan panas2.....:)

Ada hari ke-2 puasa bersemangat giler nak masak nasik daging. Tp sebab tak sempat nak rendam beras basmathi, guna beras biasa..alhamdulillah menjadik juga percubaan pertama ni. Hari ni nak buat lagi . Tapi beras basmathi tu tak rendam tak boleh ke..tak sempat balik kroje nak rendam bagai...isk isk....

Then buat side dishes nasi daging yang memang senang nak buat ,simple lagi menyihatkan iaitu kerabu tomato (air asam+kerisik+tomato) . Kalau terlebih rajin boleh la goreng ikan kering ke, atau salai daging ke sbb nasi tu pun dah berat dengan daging.......

Ok selamat berbuka yer !! ..lagi 5 jam dari sekarang ...(- -)

3 comments:

» NAJA « said...

kin, yummmmehnya..
kite nak resepi nasik daging ko lah Kin,
haritu neigbour sebelah bagi sikit berebut kami makan tak puas..
nanti kalau ok Kin mesej kat inbox FB kite tau

sykn's said...

wokeh jaja...no problemo! :)

Unknown said...

Salam dari Raun Sumatra, trimakasih kak sudah menggunakan jasa Raun Sumatra, semoga jumpa lagi ya kak,..

Raun Sumatra Tour And Travel
Jl. Ahmad Yani No. 99 Kampung Cina Bukittinggi
Telp : (0752) 21133 ( Hunting ) Fax ; (0752) 625171
Email : raunsumatra@yahoo.com
website : www.raunsumatra.com / www.raunsumatra.travel