Assalamualaikum,
Kalau ditolak hari ini, lagi 5 hari
sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri 1434H. Alhamdulillah, setakat hari nie, 24 Ramadhan
masih diberi kesempatan untuk berpuasa, mudah-mudahan penuh sebulan puasa di
bulan Ramadhan tahun ni.....alhamdulillah...
Kandungan ku melewati 26 minggu,
menghampiri trimester ke-3. Sudah disahkan Dr.Fazlina, anak ini bakal tergolong
dalam kaum Adam. Aku dan suami tak kisah samada anak sulung ini lelaki atau
perempuan, yang penting sihat walafiat , membesar bagaikan juara di dalam Rahim
hingga sempurna sifatnya sebagai khalifaNYA di muka bumi ini……amin….
Bulan Ramadhan 1434H, terselit 1-2
peristiwa yang memang tak mungkin dilupakan. Pertamanya, perasmian aku sebagai
Mak Long atas kelahiran puteri sulung adik aku yang diberi nama Adwa Nabilah ,
pada 29 Ogos 2013 bersamaan 20 Ramadhan 1434H, lewat 2 hari dari tarikh
lahir suami ku, En Shahril...=) dan,....kurang 4 hari dari tarikh lahir
Paksunyer, adik aku yang bongsu, Nor Nashriq pada 3 Ogos , (esok...)..Syukur
pada Allah, what a bundle of joy! ;)
Yang keduanya, F.i.L aku admitted di
Hospital Melaka hari Selasa lepas, selepas disahkan buku lalinya patah akibat
tergelincir semasa menyiram pokok bunga di halaman rumah…uhuhuh….aku sangat
bersimpati dengan FiL lebih2 lagi my MiL kerana 2 tahun yang lepas, juga dalam
bulan Ramadhan, my FiL admitted disebabkan patah tulang paha kerana tergelincir
dalam bilik air…..lebih kurang 2 bulan jugakla di hospital. Tiada pening,
ataupun rasa pitam, jauh lagi the silent killer, namun takdir Allah, abah
tergelincir…..siapalah hambanya yang mampu menolak ketentuan itu…....Aku kagum
dengan ketabahan dan kesabaran MiL yang redha dan sedia menjaga abah hingga
sembuh walaupun di kotak fikirannya terlebih dahulu dah merancang juadah Hari
Raya , wajibnya masak lodeh, ketupat dan rendAng ayam…Takpe lah Mak, ada
hikmahnya ni…..
Adik-beradik iparku bergilir jaga abah
sementara cuti raya nie, moga abah cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian
Allah yang tersembunyi beribu hikmah lebih2 lagi di penghujung Ramadhan ini…..
Persiapan raya, seadanya sahaja. Kami
berdua lebih tertumpu kepada persediaan kelengkapan bakal Jr. Adala beli
sikit-sikit..tambahan pula sale Raya ni….baju raya pun ala kadar, (skrg pun
takde lagi, x tahu la nak beli ke x….;p), En suami, lebih suka repeat baju
melayu time adik-beradik dia kawin dulu…so, aku ingat nak pilih warna Biru Muda
tahun nie…tahun lepas warna ungu, sebelum tu lagi warna krim…..~whatever~
Kuih-muih : aci tunjuk ajer…& Perhiasan
Rumah : Guna yang lama
Sungguhpun begitu, aku sabar menanti hari
untuk balik Tg, teruja nak dukung Adwa Nabilah …insyaallah, nanti Adwa dapat
sepupu lelaki yang sebaya hujung tahun nie…..huhuhuh..Mak Tok and Tok Abah marathonla
jaga cucu…..=)
Adwa Nabilah -29072013=20 Ramadhan 1434H |
2 comments:
comelnya baby Adwa
kin moga Allah mudahkan segala proses kelahiran, proses pantang dan tumbesaran Jr. ye..
tak sabaqqq tengok Shahril dok kelek anak soon. hahaha
salam ja...
kihkih..statement kelek anak tu kan....sgt mencuit hati..;) ..shhril ni penakut sket nak hold new born baby ni...anak kema, 3-4 hari baru dia teringin nak dukung..siap sising lengan baju lagi....=p
amin...itulah yg diharapkan ja, first time kan...mmg berdoa dan berharap agar semuanya selamat...kin cadang nak beranak kat pusat rawatan islam arridzuan tu....shhril suggest kat situ..beranak kat kampung...dia tak konfident berdua nak uruskan baby...tgkla camana nanti...
Dah dapat multivit neurogain tu?
Post a Comment