Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 21, 2011

Pertengahan 2011~Update

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, sudah 7 bulan usia perkahwinan, pejam-celik akan mencecah setahun rumahtangga SS [Shahril & Syikin] insya Allah~ (sungguh pantas masa berlalu……)

Dalam tempoh tu juga, aku tak pernah nak bercerita apa2 dalam blog ni. Walhal dulu di blog wordpress and friendster suka betul aku cerita sana-sini. Blog Friendster aku paling suka, tapi sekarang lansung tak boleh bukak sebab Friendster dah bertukar ke konsep Avatar (ntah apa-apa la Friendster nie), wordpress pulak bersawang, aku lupa terus password dia, nak retrieve pulak mcm mim alip lam sin. :P.

Mungkin sekarang, kerapkali bila nak posting je, ada sedetik waktu aku terkedu depan skrin sebab excited nak stori-mori,alih-alih tak tahu nak taip apa, last-last aku postpone, sampaila hari ni, berjaya juga 'submit'.

Sekitar marriage life, SS masih SS, belum ade lagi SS Junior. Bila tengok kawan-kawan dah kahwin - beranak, macam best je,tapi bila SS dah kawin ni , baru merasai bahawa bukan semudah itu.Lain pasangan lain lah jalan yang ditempuhi. Apapun titik tolaknya rezeki dari Dia. Best friend aku yang kawin selepas aku pun dah berbadan dua, apapun itu rezeqi dia.
Memang tidak dinafikan, ramai bertanya tentang bakal junior’ss, sama ada aku mahupun suamiku Aril; dari sedara-mara, opismate dan juga kawan-kawan.terima kasih atas perhatian , jadi jawapan defaultnye : 'Belum ada rezeqi lagi.Doa-doakan saya yer..(sambil Senyum).'

Ade la 2 kali period aku lewat seminggu lebih sbb period aku so far takde masalah, lari sehari-2 je tu normal lah. Aku cam excited lah kan, dalam otak 'eh lekat ker'. bila cek je, hmmmm negatif. dah 2 kali mcmtu. so aku frust lah kan,:P. Bila cerita kat mak, mak pulak kata, ‘anything can happen which is not under your control. If you keep acting like that, you ‘ll be stress later on if the result is not as what u are expected. Keep calm and live your life as usual and plsss don’t stress or think tooo much of it, just go with the phlow ;P…

Mak selalu bagi keratan akhbar tentang apa-apa saja berita atau stori berkaitan kehamilan, sukar hamil, kesuburan dan yang sewaktu dengannya, and after that follow with discussion about all those thing (tapi idak le termasuk kisah dalam kelambu , tu adalah rahsia suami isteri yer.;P )

Apapun,thanks mak, sbb memahami dan selalu berfikiran positif.Mak kata zaman sekarang dan dulu banyak beza..Mmg tak dinafikan kehamilan sukar di zaman sekarang antara faktornya, kawin lewat, corak pemakanan, sosial life i.e stress, busy-bee.... maka dia suggest akhir tahun nie, buatlah spot check yang mmg aku pun ade terfikir nak buat bulan 12 nie…insya allah.


Jadi buat masa dan tika ini, aku bersama en.suami meniti hari2 dengan aktiviti rutin..gi jogging :P, jalan2 balik kampong, kejap2 tg rambutan, kejap2 melaka, jalan2 carik makan, tgk wayang midnight movie...like the rest of couples doing..and tak sabar nak berpuasa n terawih kat surau sama2, nak doa banyak2 agar dimurahkan dan diberkati rezeqi…;)

4 comments:

Syai Zulkifli said...

Semoga kinkin dan hubby dimurahkan rezeki utk dpt baby :)

sykn's said...

thanks syai..aminnn..syai extra take care yer...;))

unid said...

kin..selamat berpuasa yer

sykn's said...

selamat berpuasa jugak unid..;)