Lokasi di Tg.Selangor, Tanah Putih, Pekan, Pahang.
Dalam 1km dari Univresiti Malaysia Pahang(Pekan)..landskap yang sayup mata memandang, boleh kendurkan urat mata yang tegang..hihihi....
Tempat ni bukanlah tempat pelancongan tapi landskapnya cukup menawan hati, menyejukkan mata.........seolah-olah kita sunyi dari kebisingan bandar, sambil menghayati hidup luar bandar yang syukur dengan apa yang ada....kalau berada di Pekan mungkin boleh singgah di Kuala Pahang, tempat ikan-ikan mendarat untuk diraih oleh peniaga-peniaga ikan...(antara lokasi penggambaran Seindah Sakura slot Akasia TV3)
Penginapan di area Pekan , Bandar Diraja Pahang ni antara yang 'OK' ialah di Indera PuraLake Resort atau di Melati Inn. Kalau nak yang berbintang-bintang adalah di ibu negeri Pahang iaitu Kuantan semestinya banyak pilihan :)
Inderapura Lake Resort (pemandangan dari bilik adalah tasik tapi servis dia so-so je..) |
Dari Kuantan ke Pekan , ada dalam 30-40 km bergantung pada laluan yang diambil, kalau tak silap ada 3 laluan ke Kuantan dari Pekan nie. Tapi kalau waktu malam, disyorkan guna laluan ke Tg.Lumpur sebab di situ banyak pilihan restoren makanan laut. Antara yang dicadangkan ialah Ana Ikan Bakar Petai...mawelles!!
Salah satu view di tanjong selangor
Pokok-pokok Rhu yang sayup mata memandang
1 comment:
Post a Comment