Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 18, 2013

Orang baru Sudah 59 hari ^_^


Subhanallah wa Alhamdulillah a’la kullihal wa ni’mah!
 
Assalamualaikum!!

Apa yang 59 harinya?Hari ni,  59 hari sudah usia SS junior menjadi khalifah comel di muka bumi ini. Mencecah tahun ke-3 bahtera perkahwinan berlayar, memperkenalkan new version of SS on the board;  Muhammad Imran Shauqi bin Mohd Shahril. Ops mari berkronologi lagi. Teringat pula profil ala2 biodata waktu sekolah rendah dulu-dulu. Macam di bawah:-

 

Nama Penuh : Muhammad Imran Shauqi bin Mohd Shahril

Nama Glamor : Imran or Shauqi

Tarikh Lahir : 22 November 2013 bersamaan 17 Zulhijjah 1434H @ 10.44 am

Tempat Lahir : PP Ar-Ridzuan, Ipoh, Perak

Berat Lahir: 3.2kg 

Tinggi Lahir : 47cm

Jantina : Lelaki

MOD : SVD (Spontaneous Vaginal Delivery)

Hobi : Senyum / Sengih dalam tidur & Suka tidur dalam dakapan & Ajak sembang @ 3-4 am

Makanan Kegemaran : Of course la Susu Ummi….

Perkembangan Terbaru : Eye contact, pandai bagi respond bila orang mengagah….;)

Ok, nanti bila dah tahu favorite book, sport ke, ummi update lagi eh…;p

Banyak sebenarnya nak kongsi pengalaman dan cerita sebelum,semasa dan sesudah melahirkan Imran. Insyaallah akan dilaksanakan hasrat itu.Kenapa beria benor nak berkronologi ni…?? Saya dan suami antara pasangan yang diujiNYA bagi mendapatkan zuriat. Allah itu Maha Kaya, sebaik-baik  perancang dan Maha Mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNYA, yang pasti usaha+doa+tawakal……insyaallah pasti makbul =)

Ok, entri ni nak kenalkan Imran je dulu…ni la Imran….;)
 

Di usia sehari

 Tapak kaki Imran as signature kelahiran di hari pertama
di Pusat Perubatan Arridzuan,Ipoh

Imran hari ke 30, genap sebulan, rambut pun habis dicukur oleh Atuk dan Abah
 

59 hari , esok genap 2 bulan, insyaallah =)
 
Zuriat adalah amanah Allah buat ibu bapa. Moga Abah dan Ummi dapat menjadi ibubapa terbaik buat Imran. Tiada lain yang diharapkan oleh ibu bapa melainkan doa anak soleh, taat pada NYA, hormat orang tua dan bijak berdikari di alam dunia ini...amin~

1 comment:

Anonymous said...

Cute imran...