Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 15, 2010

tak lama dahhh

Assalamualaikum...

Hari ni 15 hb Dec, lagi 10 hari majlis nikah bakal dilangsungkan, makanya lagi 10 hari lah aku membujangkan diri, insya allah lepas tu, aku diperisterikan oleh Shahril Rais.yeay! (gatai!!)

Cepatnyeeeeeee masa berlalu. Rasanye baru hari tu aku makan nasik minyak Sal, si Ya (wktu tu aku fikir, alah, akunye kenduri lambat lagiiii). Tup tup by the end of this year, aku akan menyusul si isteri2 itu...uhuhuh...=)

Tanpa bantuan mak, abah dan orang kanan aku si Kema tuh, Ya allah, mana mungkin persediaan majlis persiapan dibuat bertambahlah lagi, ni majlis pertama keluarga pakcik abu ni ha. Saudara-mara pun banyak jugak yang membantu, alhamdulillah terima kasih...

Semestinya aku mmg ssh hati, memikirkan perjalanan majlis nanti, barang2 kelengkapan sumer, takut last minit ade pulak yang tercicir sana-sini..

Persiapan diri sendiri pun argghhhh lagi la aku tensi. uhuhuh, kononnya target nak selim-melim lahhh...tpi kalu setakat sekilo-dua turun, takde maknenye...spare tayerr nihh alahhhh degil benor, kikih kangg... kot ye pun dah joggin2 + senam2 sumer (bunyi cam buat latih tubi, padahaii pieerahh),
takkan la cikit pun tak leh hilang, segala losen halia berapi sumer dah sapu, haram tak jalan.... ;P ..tpi si shahril pun gedibab so apsal la aku nak fening2 kann..;P..so chill sis!!no sweat!

Dan yang paling aku tensen, kulit muka aku ni cam gatal2, alergi apentah so jd mcm burn..adoi..dugaan2....rendam dalam air susu 3 hari 3 malam pun tak jamin leh surut kesan burn ni..isk isk...cedihhh....isk isk...srottttt....;P

Takpelah, aku anggap ni dugaan buat aku, kifarah mungkin..nak tensen2 pun sendiri jugak yg sakit nanti, Kena berbalik pada matlamat perkahwinan itu yang sebenarnya, yakni menghalalkan perhubungan antara 2 insan adam&hawa ke arah pembentukan keluarga dengan zuriat2 yang soleh dan sihattttt, moga2 generasi2 ini dapat berjasa pada agama , diri, masyarkat dan seterusnya negara terchenta iniii...(--)'

so aku malas nak fikir tentang menda2 yg tensi itu,baik aku solat dan doa manyak2 moga ditenangkan hati dan fikiran, dan moga majlis berjalan lancar..aminnnnn!!

adios!

Wednesday, November 10, 2010

Aku hanyalah insan.....


Segala ketentuanMu; suka duka, papa beharta, pertemuan perpisahan, hidup & mati adalah suratanMu ya Rabb.Apalah daya hambaMu yang hina dina di sisiMu ini mengubah takdir dan ketentuan yang telah diatur sebaik-baiknya perancanganMu yang Maha Agung. Ya Tuhanku, hambaMu yang senipis-nipis iman ini amat mengharapkan petunjukMu, inayah dan hidayahMu menyuluh jalan hidupku. Aku sedar ya Rabb, dalam meniti kehidupan sementara di dunia fana yang pernuh dugaan dan cabaran ini, ada ketika ku lupa, ada ketika ku leka dan ada ketikanya ku alpa dalam sedarku akan laranganMu...keampuanan ku pohon namun dosa berulang, begitulah silih berganti ya Allah...masih, Kau izinkan aku untuk menghirup udara segarMu, menikmati rezeqiMu, mengecap nikmat dunia walaupun sekelumit...sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.........Ya Allah, dalam kekuranganku itu, izinkan hambaMu ini menumpang sedikit ruang di bawah teduhan dan rimbunan kasih sayangMu,merasai setitis hujan rahmatMu, mengintai sejenak indahnya warna-warna pelangi tanda kebesaranMu,tolong ya Allah,jangan biarku jauh dari jalanMu dalam meniti hidupku seharian sebagai hambaMu, sebagai umat Muhammad saw, sebagai anak, sebagai sahabat, sebagai pekerja, sebagai masyarakat, dan insya allah, sebagai isteri......

Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki.Aku redha kiranya dia adalah jodohku, redhakanlah bagi dirinya menerima diri ini seadanya sebagai isterinya. Ku mohon padaMu, permudahkanlah urusan kami ke tali pernikahan dalam mencari keredhaan dan keberkatanMu melalui ikatan ini...Amin Ya Rabbal 'Alamin.......

Saturday, October 16, 2010

10-2010!!

Assalamualaikum~

Bulan 10, 2010 memang betul2 menguji aku mental mahupun fizikal.Aku redha, sebab takkan terjadinya sesuatu itu melainkan dengan kehendak DIA. Mungkin kita terlupa atau terleka hingga sesuatu peristiwa yg berlaku tu menjadi ikon 'Refresh' atau function F5 untuk menyegar dan menyedarkan keadaan.Yelah contohnya ada satu masa tu, kat mana-mana je lah, di mana waktu tu kita cam terleka+termangu+mengelamun, time tu seperti kita perhatikan sesuatu, fikiran melayang tanpa berkelip mata dalam jangkamasa yg agak panjang dan tiba-tiba ada manusia dari mana ntah jerit kat telinga sambil tepuk bahu...'HOI!!..menung panjang nampak...ingat kat sapa tuuuu...' tidakkah rasa mcm nak penampor je kan ..kan...ha, tp wktu tulah kita rasa segarrr dan sedarrr akan keadaan sekeliling..~=P..

Peristiwa yang berlaku ialah Bibah putih aku,EKsiden!! terCium lampu jalan, sambil meredah divider yg mmg merongakkan bumper depan dan membutakan headlamp kiri kete. Phew~~...Panik...sambil atas kepala aku RM beterbangan+chirping birds..uhuhuhuh....Hampeh!!!! Apapun, sekarang Bibah aku selamat di-make-up back to normal dan sedia berbakti pada tuannya yg kadang2 agak toink-toink sket bila memandu.FUllStop. =P

Aku dan S skrg tengah sibuk mencari rumah untuk disewa. Feveret spot di area Bukit Jalil sebab strategik, atau dalam erti kata lain, adil dari segi pembahagian jalan ke tempat kerja masing2...;P . S ke Subang dan aku ke Cyberjaya. Apapun yg penting, kerjasama! dan yang paling penting, TOLL-FREEEE....So far, ada 'lorong-lorong gelap' atau jalan belakang pintas yg tak perlu tol.Cuma sedikit kesabaran diperlukan untuk membiasakan diri dengan damn-Jamn~ Yelah, waktu dok di putrajaya, lagi 1o minit kul 9, aku masih boleh gerak dari rumah dengan kelajuan purata 100-110. Tapi andai kata dok di B.Jalil tuh, hmmm kena timing balik mileage dan yg sewaktu dengannya...


Dugaan fizikal, hmmmmmmmm aku dah mula rasa risau..apsal tak turun2 berat nieh!..berat aku dari dulu (since form 3!!) mesti kepala '6'...pernah sekali je kepala '5' itupun 57kg, time aku berpeluh terkejar-tonggek naik-turun tangga, kejar bas, pergi balik kerja waktu dok di Wangsa Maju 2 thn yg lepas..huhu..dan juga aku sanggup pergi-balik naik bas metro ke taman tasik titiwangsa pagi2 sabtu/ahad, semata2 nak jog!!gigih betul lah..ada suatu hari tu , HKL bukak booth buat pemeriksaan kesihatan percuma. Aku happy giler wktu tu bila misi tu kata, berat badan + ketinggian +kecergasan di tahap memuaskan. So pesan misi, sila kekalkan tahap kesihatan anda.Tak sia-sia aku naik bas gi jogging.:P
Tapi sekarang tidak lagih! B4 pose 63, during puasa 60, lepas puasa 63 balik!..camno nak selim -melim nih...isk isk...skrg ni aku pasrah je, last-minute workout (workout lah sgt!!)..alah, yang penting sihat udah! BP normal, paras gula normal, tu lagi penting... (emmm tp kan di saat2 genting camnie, slim tea berkesan kot.Huuu....perempuan...perempuan..~)

Thursday, October 7, 2010

Macam lama...tp macam dekat


Salam...


Dah bulan 10! Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam raya puasa!;( Banyak perkara berlegar di fikiran....sekali sekala aku rasa cam lama lagi ..tarikh walimah hujung bulan 12...so dalam 2 bulan lebih sket lagi je...tp bila aku fikir2 balik , nak pos kad kawin la, belom lagi minta address kengkawan....fitting baju, cari tudun yg seswai...termasuk la belah pihak lelaki sumer tu...macam tak sempat pun ade.Tapi bila semak senarai dengan tarikh2 semua, insya allah..harap, berjalan lancar.


1. Kad kahwin kena siap sebelum bulan 11,insya allah by 22nd dah ada, so hujung bulan ni aku balik kampung gi fitting baju boleh pas kad kahwin pada mak & abah yang dah potpet tanya kad.

2. Rumah sewa. Aku ngan S plan nak menyewa di sekitar Putra Perdana, dekat bagi aku ke Cyber dan juga bagi S ke Subang.Dah call 2-3 rumah feveret tp cepat benor la orang booking. Takpe, masih ada masa lagi...(ada kerrr??) .Opismates yang dok sana sudi membantu tengok2kan umah untuk disewa.....gambatte!

3. Fotografi belah perempuan.Alamak! belom betul2 kompom lagi niehhhh!!!!! ~=P

4. Outstation: bulan 11 aku outstation lebih kurang 3 minggu di Perlis. adeh...boleh ke misi untuk menyelimkan badan ni berjaya.....??Kat kampung mak aku nie, kalu bab2 makanan mmg heaven, dah la murah..sedap pulak tuu,ni la masalah diorang, jual kuih sedap2 dengan harga murah..sape tak nak beli!;P

5. Honeymoon: takle jauh, ke langkawi je pon...tiket dah lama booked dlm bulan 4....takwim 2011 dah keluar, aku dpt rasakan mcm tarikh yg dipilih tu clash dengan projek kick-off..alah, camana la nak eksplen kat en S.....think...think...:(..kena awalkan tempoh cuti2 malaysia nie, tp tiket tu terpaksa la burnnnn.....isk isk...cedihhhhhhh........

6. Dokumen2 sumer in progress....yg penting HIV test, surat pengesahan single, borang sumer dah sedia, cuma tunggu en S submit part dia.

Yang lain2 insya allah on track, kalau tak kerana bantuan Mak Abah + Kema..mmg tangan sotong la jawabnye...manyak mende nak handle....

DI ketika ini, jauh di sudut hati...sangat mengharapkan agar persiapan majlis berjalan lancar, walaupun sederhana namun bermakna buat ahli keluarga~

Ok, pen off.

Sunday, September 5, 2010

Curi situ sana sini~

Ini adalah pengalaman dari seorang sahabat yang aku rasa patut dikongsikan bersama dan disebarkan pada sahabat taulan , sedara mara yang lain.
2 orang sahabat aku nie freelance account dan finance services. Kawan aku Y dapat panggilan dari seorang customer yang nak guna service diorang nie. So, meet up di Café di Hotel Renaissance. Amboi, bisnes juta2 ke hamba allah tu, nak meeting di hotel mewah camtu. Pada mulanya guy tu yang setkan siapa yg perlu dtg termasukla isteri dia, bos dia, dia and my friend nie….tp berdua lebih baik kan, so my friend ajak partner dia, my2nd friend gi sama walaupun pada mulanya guy nie cam tak berapa stuju.aper kes ..??

So di hari dan masa yg ditetapkan, berjumpalah mereka.Tapi d guy tu seorang sahaja without his wife and boss. Dah order minum refreshment sumer, the bisness talk begin. My friend tanya all the account & finance stuffs pada guy nie….tp jawapan yg tak memberangsangkan. Just imagine, kalu ada 2 company sdn bhd , logically takkan takde diorang nye acc / finance exec to the work….?? Dipendekkan cerita, this guy nak buat panggilan kepada isteri dia yang tgh pregnant (menurut dia lah kan…) yg masih tak muncul2 hampir 30 minit berbincang. Kebetulan, nset dia out of credit. Alamak bos, takkan credit pun hbis…this guy pun minta kebenaran nak pinjam nset my friend nie untuk call wife dia. Bila my friend ni keluarkan nset cokia dia, she noticed air muka guy ni sedikit berkerut. Guy tu pun pinjam dan buat panggilan. Bila dia bercakap kejap, then terputus…according to this guy, suara wife dia putus2….kebetulan nset my friend ni mmg mabuk sket…kejap ok, kejap ko…Another my friend ni dengan baik hati hulurkan BB dia untuk dipinjamkan pada guy nie. Aura seri sedia terpancar di raut muka guy nieh….dia pun buat panggilan, then dia tiba2 kata line tak clear so keluar untuk dptkan signal yg lebih bagus…dan itu merupakan kali terakhir my 2nd friend nie menatap BB dia setelah guy nie keluar mencari signal dan tak kembali lagi…..so easy to cheat and steal dan di dalam bulan Ramadhan niehhh……hmmm poor my 2nd friend…dah la pregnant, nset baru dia lak kena kebas depan mata..belum lagi tgk resit refreshment tadi yg kena bayar.. …..apapun yg penting, diorang selamat……huhuhu

Actually ni adalah salah satu taktik mencuri handset ….kawan kepada kawan pun terkena taktik yg sama….bermula dengan bisnes discussion hinggalah alasan urgent call to be made, dan of course, nset pemangsa nie pasti ada prob so pinjam nset mangsa untuk dikebas …

So kengkawan expecially yg aktif berbisnes tak kisah la bisnes kcik ke besarke…..moral of the story …

1.Pastikan berdua atau lebih lagi bagus kalau nak meet up for bisnes meeting or so forth .

2.Tak perlu ke café hotel atau yg sewaktu dengannya…pegi je kedai mamak ke…atau kalau nak up sket, mana2 kopitiam (yg Halal) untuk berdiskusi….ramai orang…lagi ramai saksi…kalau kat café hotel berbintang-bintang tu, berapa kerat la sgt orang minum2 kat situ….kalau ada pun harusla yang kaya2….tp bila kes2 mcm nie…ada diorang kisah..??

3.Kalau la sesiapa yg tak dikenali nak pinjam nset, berwaspadalah….nset cokia ke, nset BB ke…itu kan harta kita…pandai2 lah handle the situation…jgn simplysiti terus bagi.

4.Be firmed and tegas expecially bila nak plan for meeting…jgn ikutkan sangat kata customer nak meet up kat hotel la…siapa yg patut pergi, siapa tidak, dll…..toleransi dalam hati2….

Renung2 kan.......

Monday, August 16, 2010

Hilang Paspot? Jangan berlengah lagi.Silalah perbaharui.

Prosedur membuat paspot Malaysia antarabangsa baru kerana HILANG

Sekadar nak berkongsi pengalaman. Paspot aku hilang pada hari (malam) yang sama rombongan Cik Kiah selamat tiba di KLIA dari Perth, Aus. Macamana hilang tak perlulah diceriterakan , benda dah nak terjadi, jadi aku teruskan langkah2 yang sewajarnya selepas itu.

Aku sedar pun pagi esoknya, berdebar hati Tuhan je yang tahu. Pagi di office, aku terus call bahagian Lost & Found yang aku dapat dari website KLIA : http://www.klia.com.my/index.php?ch=78&pg=206. Tetapi masih paspot tak dapat dikesan.

Petang tu, terus ke balai polis Cyberjaya buat repot. Pegawai polis yang bertugas tu buat follow up dengan pihak polis caw.KLIA di sana, namun masih tiada laporan mengenai paspot yang kehilangan tuan itu dilaporkan. :P

Berikut ialah dokumen yang diperlukan bagi membuat paspot yang baru atas sebab kehilangan.

  • Kad Pengenalan (2 salinan fotokopi)
  • Sijil Kelahiran (2 salinan fotokopi)
  • Borang Permohonan Pasport Malaysia (IM.42 Pin 1/97)
  • Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport MAlaysia (IM42c)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 sm)
  • Laporan Polis (2 salinan fotokopi)
  • Salinan Pasport Malaysia yang hilang (jika ada)

Dalam borang soal selidik ada ruangan angkat sumpah di mana korang dikehendaki pergi ke mana2 mahkamah untuk urusan angkat sumpah dan pengesahan (cop) oleh pesuruhjaya sumpah atau pihak yang berkaitan. (Perlu bayar RM4 sebagai yuran urusan dsb, selepas bayaran di buat di kaunter, dokumen akan dicop dan baru ke tempat pesuruhjaya sumpah bagi proses angkat sumpah- sila tunjukkan resit bayaran RM4 itu tadi pada pesuruh jaya sumpah tu yer....;p)

Bila dah lengkap dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak, maka bolehla ke jabatan imegresen untuk proses peromohonan.

Paspot baru akan siap dalam masa sebulan. Fuh, sebulan tu, itupun terpulang pada pengarah sebab ada kes-kes tertentu ada juga penangguhan hingga berbulan-bulan. (menurut kata pegawai imegresen yang bertugas)

Kesimpulannya, Sayangilah paspot anda dan jagalah ia baik-baik. =)

Nota jari : Borang permohonan (IM.42 Pin 1/97) & (IM42c) ni memang boleh dimuat turun dari website Jab.Imegresen, tapi bila sampai di kaunter, pegawai imegresen tu akan bagi yang baru. So, better guna borang original , jangan mengharap sangat pada borang yang dimuat turun. Mungkin sebagai rujukan tu boleh. No hal. :)

Boleh ke laman web Jabatan Imegresen Malaysia untuk maklumat lanjut. http://www.imi.gov.my/index.php/bm/lama-utama

Saturday, August 14, 2010

BUlan oh BUlannnn

Salam..

Selamat berpuasa! Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan 1431H.

Sekarang bulan Ogos 2010. Lagi 3 bulan (tak termasuk bulan Disember) tarikh walimah aku seperti yang dirancang iaitu pada 26hb Disember 2010 insya allah...Teringat aku tentang suara2 sinis yang bertanya...." Kenapa buat pada tarikh raya kapir tu..hari lain kan banyak lagi"

Hmmm...pada hamba Allah tu, pada tarikh tersebut, aku nie bukanla nak bukak kitab bible sambil bagi penerangan isi kitab tu pada tetamu2 yang datang then menyanyi-nyanyi dihiasi dengan pokok krismas atau yang sewaktu dengannya. Saya nie nak mendirikan masjid, nak menghalalkan hubungan generasi adam & hawa yang bukan muhrim menerusi tali pernikahan dan diraikan bersama sanak -saudara dan sahabat taulan sebagai tanda kesyukuran. Tu sahaja.
Tapi takpelah, kalau tak sudi nak hadir, siapalah aku nak paksa2 ye dak...

Persiapan dibuat sikit-sikit. Yang penting perancangan. Bak kata Mrs Izuan aka Sal, jgn last minit!...;)...huhuhu Setakat nie, tunang aku Shahril bagi kerjasama yang dalam menjayakan projek kawin nie...yelah, masing2 nak kawin kenalah berusaha ke arah itu...uuhhuuu cam gatai je bunyi =P yeah caiyok2..hahaha...ish bulan pose nie....cover2 sket dek nun!

Dah masuk hari ke-5 puasa aku di kampung. Memang HEAVEN gilerrrrr berpuasa di kampung halaman....;). Adik-beradik sumer ada, so gunalah peluang ni sebaik2nye untuk meluangkan masa bersama...nanti esok lusa, tulat tonggeng jarang dah nak berkumpul ramai2 camni...hmm malas nak balik KL esok nieh....:(

Pada mata2 yang sudi melirik cerita dlm blog nie, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa.Moga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya....aminnnn ;)

Saturday, June 26, 2010

End of Penang story

Misi di Penang berakhir setelah lebih kurang sebulan di sekitar Perai. Sepanjang keberadaan aku melunaskan tanggungjawab di sana bersama 2 orang teamate, banyak lesson-learned aku dapat. Yang pasti, QA dan monitoring perlu ditingkatkan lagi pada masa akan datang.OK!end of Penang story~

3 tahun lepas, aku berniat nak sambung studi sebelum umur mencecah 30. Tp terpaksa dipendamkan kejap hasrat tu bila fokus kini lebih kepada urusan untuk majlis walimah aku nanti, insya allah 25/26 bulan 12 nie.Adala dalam 5 bulan lagi. So haruskah aku menetapkan perancangan baru, sebelum 35, aku mesti sambung studi ..??Kita hanya merancang Tuhan juga tentukan. Hopefully hasrat aku yg satu nie tercapai regardless of due year.huhu sememangnya aku mmg mahukan itu!!

Ya Rabb...moga dipermudahkan urusan hambaMU yg kerdil & hina ini...amin~

Thursday, June 3, 2010

Menyarakan diri atau disarakan...

Bulan 6 , 2010, bermula hidup abah sebagai seorang pesara, menyusul emak yg terlebih dulu menyarakan diri, walaupun kedua-duanya masih berbaki tempoh sebenarnya untuk bersara.... Mak abah, lebih suka aku mengistilahkan sebagai mengundur diri dari pekerjaan masing2, setelah kepuasan bekerja tidak lagi nikmat seperti dulu, work-load melimpahi ruang lingkup bekalan tenaga fizikal mahupun minda di kala usia meniti separuh abad...sebagai anak, jika itu yang terbaik untuk menikmati hidup dengan momentum nadi yang lebih tenang dan konsisten selari dengan degupan jantung yang normal tanpa tekanan/ stress, tanpa bebanan tugas, tanpa bersesak udara mahupun berselisih bahu dengan rakan seangkatan mahupun seteru, aku akur dan sokong seratus 1000 peratus!Personali, aku dapat melihat raut wajah kepuasan sewaktu keduanya berbakti di HBUK ..mak kata, ' tenaga baru memerlukan ruang untuk lebih mencabar diri dan membina reputasi dalam bidang kejururawatan, jadi, pengunduran mak membuka salah satu pintu untuk yang muda mencurah bakti dengan lebih cekap dan pantas...' baiklah mak, apa2 ajer...:)



Aku hepi tgk mak abah berdua-dua mengisahkan diri dengan pokok2, ternak cacing, sapu laman di kampung halaman..aku selalu kata..'best nye tgk mak abah pencen, ada duit pencen...hmmm akak pun nak jugak mcm mak abah bila tua nanti,'.....sounds so silly and childish..tp itula yg aku luahkan pada mak....org tua itu hanya senyum dan berkata, ' ingat syikin, setiap anak adam dlm muka bumi nie dah ditetapkan rezeqi masing2...masa muda dan bertenaga nie, rebut peluang dan bersungguh dlm melakukan tugas...pot pet...pot pet.....' aku hanya senyum dan mengiakan pesanan mak tu....aku just tumpang hepi dengan ke'hepi' an org tua ku ni insya allah..moga keduanya dirahmati dan diberkati hidup oleh Ilahi...amin....

Pen-off
sykn's

Sunday, April 25, 2010

Bukan Isnin biasa~

Assalamualaikum,

Hari ni Isnin, rasa macam bukan Isnin yang biasa (sbb Isnin yang kebiasaannya terdapat elemen2 Bluessss...~), sebab 2 hari yang lepas ke opis ada kerja.....so the working momentum still there!

Banyakla cuti nak kena claim...tahun lepas pun masih berbaki 2 hari. S ckp takpe, kumpul untuk cuti kenduri nanti. :)

Harap petang nie tak hujan. Cadangnye nak jogging. Bukanlah target nak menguruskan badan sangat cuma nak kurangkan berat badan je..lain kan bunyinye walaupun maksudnya hampir sama.~=P

BMI skrg masih tahap normal , tp normal yg menghampiri borderline ke kumpulan yang bukan lagi normal. So prevention is better than cure. Lagipun mengeluarkan peluh sambil beriadah petang2 lepas kerja memang Best. It shakes the stress away~

ok, pen off~